Banduan Israel yang dibebaskan dari Gaza tidak mengalami penyeksaan atau layanan buruk oleh kumpulan Palestin, lapor media Israel.

Saluran 12 Israel berkata ia bertemu dengan beberapa warga Israel yang ditahan dan dibebaskan oleh kumpulan Hamas di Gaza, yang mengesahkan bahawa mereka tidak mengalami sebarang bentuk penyeksaan atau penganiayaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, saluran itu berkata tawanan menerima jumlah makanan yang terhad.

“Dalam dua minggu lepas, Gaza hampir kehabisan makanan, jadi mereka terpaksa bertahan dengan sedikit nasi, dan mereka sangat lapar,” lapor saluran itu.

Bagaimanapun, laporan atau satu pengakuan ini datang ditengah-tengah kerajaan Israel mengeluarkan larangan kepada tawanan yang dibebaskan untuk tidak bercakap dengan media. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat mereka yang ingkar dan telah menyatakan kebenaran kepada media.

Seorang doktor Israel yang memeriksa tawanan yang dibebaskan berkata mereka bergantung pada beras, kacang dan roti, sambil menambah bahawa sebahagian daripada mereka hilang berat badan.

“Seorang daripada tawanan kehilangan 20 kg, seorang lagi hilang 9 kg, dan seorang lagi kehilangan 12 kg,” kata doktor.