Kepada mereka yang berada di Lembah Klang dan teringin untuk menikmati masakan Negeri Johor tapi tiada masa dan peluang untuk ke selatan tanah air, kami cadangkan anda ke Restoran Bisik-Bisik yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ini.

12165256_10207632752314124_1741112450_o

Senang je nak cari restoran ini. Ia berdekatan dengan Unisel. Naik atas bukit melalui Jalan Zirkon anda akan nampak papan tanda restoran ini di kawasan medan selera.

12164738_10207632764434427_757588371_o

BACA: Mi Kolok Restoran Dapur Sarawak, Jalan Sarikei Menu Yang Mengasyikkan!

Restoran Bisik-Bisik menyediakan aneka juadah yang berasal dari Johor kerana pemiliknya memang berasal dari sana.

12119739_10207632762754385_1039592359_o

12169425_10207632762154370_1153717603_o

12165439_10207632760674333_1640077018_o

Antara menu yang popular ialah mee bandung udang galah, asam pedas, laksa Johor, mee rebus, kacang pol dan macam-macam lagi. Minuman istimewa rakyat negeri Johor juga turut dihidangkan di restoran ini seperti air katira dan ais sirap bandung.

BACA: Mee Tarik Warisan Asli Sungai Besi Memang Padu!

Menu yang kami pilih untuk review kali ini ialah mee bandung udang galah, nasi ambeng dan kacang pol. Memang macam orang Johor betullah ni.

Untuk mee bandung udang galah, pelanggan boleh buat pilihan saiz udang galah yang diinginkan. Terdapat 3 saiz udang galah yang disediakan iaitu A,B dan C. Masa kami sampai ke restoran ini, saiz A dan B sudah habis, jadi kami memesan udang galah saiz C. Untuk panduan, udang galah saiz A adalah sebesar tapak tangan. Besarkan?

12164757_10207632755074193_2070979964_o

Persembahan mee bandung ini memang cantik. Terdapat 4 ekor udang galah disediakan bagi yang memilih saiz C. Kuah mee bandung memang sedap. Agak pedas dan ada rasa kacang tumbuk di dalam kuahnya. Rasa isi udang galah memang lembut. Habis berpeluh kami dibuatnya.

12119300_10207632755674208_695567975_o

Nasi ambeng ini pula terdiri daripada nasi putih, mee goreng, ayam goreng, sayur goreng kicap, kerisik kepala, ikan masin dan keropok ikan. Cara menikmatinya ialah menggaul semua masakan bersama baru suapkan ke dalam mulut.

Makan nasi dan mee goreng serentak? Kepada yang tak biasa makan cara begini mungkin akan berasa pelik. Namun, selepas anda menjamahnya pasti rasa nak makan lagi. Rasanya bercampur baur. Ada masin, manis, kemudian diselang seli dengan keropok ikan yang rangup. Amat menyelerakan.

12164861_10207632754434177_110891341_o

12165337_10207632753434152_904184339_o

Menu selingan kami pula ialah kacang pol yang biasa dijumpai di Johor Bharu tapi kami dapat nikmatinya di sini. Hidangan ini disediakan dengan semangkuk kuah kacang pol yang di dalamnya ada telur mata, sekeping roti tebal bakar yang dibelah dua dan sehiris limau purut disediakan.

12168513_10207632757674258_1652383199_o

12168441_10207632757314249_58759689_o

Anda perlu hancurkan telur mata dan gaulkan semua bahan yang ada dalam mangkuk kacang pol. Mula-mula kami rasa kuah kacang pol tanpa perahkan limau dan kami dapati rasanya sedap. Pedas, masin dan manis dapat dirasa.

Lepas perahkan limau ke atas kuah, rasanya lagi terangkat. Rasa kacang panggang bersama daging cincang memang sedap. Carik roti bakar dan cicah di dalam kuah, kemudian makan. Kami rasa boleh makan kacang pol ini bermangkuk-mangkuk. Sangat sedap!

Minuman yang kami pesan ialah teh ‘O’ ais dan air katira JDT. Air katira restoran Bisik-Bisik ini memang menarik kerana pelbagai ramuan dimasukkan ke dalam minuman ini. Rasanya manis-manis berlemak.

12164550_10207632759154295_2098373631_o

12169180_10207632758314274_1784391506_o

Kepada yang teringin nak merasa masakan Johor bolehlah singgah ke restoran Bisik-Bisik seperti info di bawah ya.

Nama gerai : Restoran Bisik-Bisik
Lokasi : Jalan Zirkon B7/B Seksyen 7 Shah Alam Selangor (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin 04:00 pm – 11:00 pm, Selasa – Ahad 12:30 pm – 11:00 pm

BACA: Mee Racun Batu Pahat Memang Berbisa!

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram