Meghan, isteri Putera Harry, mendakwa bahawa keluarga Diraja Britain enggan menjadikan anaknya; Archie, sebagai putera kerana bimbang warna kulit anak mereka akan berwarna gelap.

Menurut Meghan, kejadian ini sudah berlaku ketika anak itu masih berada dalam kandungan dan tidak dipastikan lagi apakah jantinanya.

“Mereka tidak mahu dia menjadi putera atau puteri, tidak mengetahui jantina apa, yang akan berbeza dengan protokol, dan dia tidak akan menerima manfaat keselamatan,” kata Meghan dalam wawancara dengan Oprah Winfrey yang disiarkan di CBS pada Ahad.

“”Pada bulan-bulan ketika saya hamil, sekitar waktu yang sama, kami telah mengadakan perbincangan, ‘anda tidak akan diberi keamanan, tidak akan diberi gelaran’ dan wujud kebimbangan dan perbincangan mengenai betapa gelap kulitnya semasa dia dilahirkan.” kata Megan.

Ditanya dengan siapa perbualan itu, Meghan enggan menyatakan; “Saya rasa ini akan sangat menghancurkan mereka,” katanya.

Meghan, yang ibunya berkulit hitam dan bapanya berkulit putih, mengatakan bahawa dia naif sebelum berkahwin dengan keluarga diraja Britain pada tahun 2018. Dia bahkan pernah terfikir untuk melukakan dirinya sendiri atau mengakhiri hayatnya dengan membunuh diri.

Ditanya adakah dia memilih untuk diam atau telah diminta untuk diam, dia menjawab: “Yang terakhir.”

Wawancara yang sangat dinanti-nantikan ini akan menghangatkan lagi perbalahan di antara Meghan-Harry dengan Kerajaan Britain. Pasangan ini telah mengundurkan diri dari tugas kerajaan dan memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat.

Harry mengatakan dia memilih untuk keluar dari Istana Buckingham kerana kurang memahami dan kerana bimbang sejarah akan berulang – merujuk kepada kematian ibunya, Diana, pada tahun 1997.

Bagi para pengkritik, pasangan ini mahukan kedudukan glamor tanpa dedikasi atau pengawasan. Manakala bagi para penyokong, pasangan ini telah menunjukkan bagaimana institusi Diraja Britain yang sudah ketinggalan zaman.

Selepas umum keluar dari keluarga diraja, Putera Harry dan Meghan Markle ditawarkan kerja oleh Burger King. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Selepas Umum Keluar Dari Keluarga Diraja, Putera Harry Dan Meghan Markle Ditawarkan Kerja Oleh Burger King

Putera Harry Dan Meghan Markle ‘Putuskan’ Hubungan Keluarga Diraja, Mahu Hidup Seperti Rakyat Biasa

Sumber