Sebuah lagi berita gembira buat negara apabila dilaporkan NVIDIA mengesahkan kerjasama bersama YTL Power International Berhad dalam membina pusat data AI yang akan beroperasi pada pertengahan tahun 2024 ini.

Lebih membanggakan, pelaburan bernilai RM20 bilion antara yang diperuntukkan bagi membina pusat data AI bagi menempatkan cip NVIDIA H100 yang sekaligus menggerakkan pusat data AI ini.

Baca Juga:

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Difahamkan YTL Green Data Center Park yang terletak di Kulai, Johor dipilih sebagai lokasi pembangunan AI Data Centre bagi NVIDIA.

Menurut CEO NVIDIA, Jensen Huang, Malaysia mempunyai syarikat yang boleh dijadikan sebagai rakan perniagaan dalam membina infrastruktur pusat pengkalan data AI.

Menerusi pelaburan besar yang dibuat, tidak mustahil lebih banyak peluang pekerjaan khususnya dalam bidang AI bakal dibuka sekaligus meningkatkan tenaga mahir dalam negara.