Ahli komuniti Baba Nyonya di Melaka kini boleh meletakkan maklumat etnik dalam sijil kelahiran mereka untuk menyatakan asal-usul keturunan mereka.
Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia, Ronald Gan, berkata kemudahan ini akan turut diperluaskan kepada masyarakat Peranakan Cina di seluruh negara bermula Januari nanti, petik Free Malaysia Today.
Baca Juga:
- Pempengaruh Ini Minta Kuota Minyak Tambahan Bagi Mereka Yang Berulang Alik Melaka-Kuala Lumpur

- ‘Mat Ganja’ Paling Ramai Di Melaka Dan Cheras, Lapor Data

- JPJ Melaka Cari ‘YouTuber’ Naik Skuter ‘Modified’ 3 Orang

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy, atas peranan penting mereka dalam menjayakan usaha ini — dengan menyatakan bahawa Anwar telah memperjuangkan perkara tersebut selama lebih sedekad, petik The Star.
“Sebagai rakyat Malaysia, berita yang kami terima baru-baru ini merupakan hadiah terbaik daripada kerajaan. Mulai sekarang, kami akan dikenali sebagai Baba Nyonya, satu sub-etnik dalam kalangan masyarakat Cina tempatan,” kata Gan.
Beliau menjelaskan bahawa proses permohonan bagi penduduk Melaka akan dijalankan dengan ketat, di mana pemohon perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada persatuan sebelum mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang kemudiannya akan menjalankan sesi temu duga.
Gan menambah bahawa sebaik sahaja pemohon utama diiktiraf secara rasmi sebagai Baba Nyonya, ahli keluarga mereka secara automatik layak menerima status tersebut.