Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem kongsikan Melaka menjadi negeri kedua penghidap diabetes tertinggi di Malaysia.
Sekurang-kurangnya 4,000 kes baharu direkodkan setiap tahun.
Baca Juga:
- Orang Melaka Boleh Daftar Etnik ‘Baba Nyonya’ Pada Sijil Lahir

- Pempengaruh Ini Minta Kuota Minyak Tambahan Bagi Mereka Yang Berulang Alik Melaka-Kuala Lumpur

- ‘Mat Ganja’ Paling Ramai Di Melaka Dan Cheras, Lapor Data

Memetik Sinar Harian, Melaka merekodkan 20.5 peratus kadar prevalens keseluruhan diabetes selepas Pahang.
Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapati seramai 123,468 pesakit diabetes dicatatkan setakat ini berbanding 119,005 orang pada tahun lalu.
“Statistik setiap tahun menunjukkan peningkatan sekitar 4,000 kes baharu setiap tahun.
“Daripada jumlah itu, 43,791 pesakit berada dalam kategori aktif, iaitu mereka yang masih mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Melaka di Mahkota Parade di sini pada Ahad.
Tambah beliau, kesedaran masyarakat untuk membuat pemeriksaan kesihatan masih rendah.
Beliau juga menggalakkan orang ramai berbuat demikian di klinik kesihatan berhampiran, mengamalkan gaya hidup sihat, kurangkan pengambilan gula, bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, amalkan pemakanan sihat dan mewujudkan persekitaran tempat kerja sihat.
“Apabila kita tahu keadaan kesihatan diri, barulah kita boleh kawal pemakanan dan gaya hidup.
“Jika kita tidak buat saringan, kita tidak sedar tahap kesihatan kita. Sebab itu ramai golongan muda berumur antara 18 hingga 26 tahun tidak sedar bahawa mereka sudah menghidap diabetes,” ujarnya.