Sewaktu sambutan Aidiladha baru-baru ini tular kisah seorang lelaki di Facebook yang berkongsikan bagaimana beliau tersalah masuk ke dapur salah seorang penduduk di Terengganu.

Kejadian itu berlaku apabila beliau singgah ke rumah tersebut yang dikatakan mirip seperti sebuah kedai makan dan memesan serta menikmati nasi dagang bersama teh tarik sebelum menyedari ia sebenarnya bahagian dapur salah seorang penduduk di situ.

1-1

Perkara itu hanya disedari apabila beliau mahu membuat bayaran dan bergegas keluar daripada kedai makan atau dapur terbuka tersebut apabila pemilik premis menjelaskan kepadanya dia tidak perlu membayar makanan yang telah dipesannya.

Memang kedai cuma tidak berniaga

Bagaimanapun selepas kisah tersebut tular, portal Harian Metro pada semalam melaporkan dapur yang disangka kedai makan di tepi jalan itu sebenarnya memang merupakan kedai makan, cuma pemiliknya tidak berniaga pada hari tersebut kerana sambutan Aidiladha.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik kedai tersebut Fatimah Jusoh yang menjelaskan kisah sebenar di sebalik kejadian tular tersebut.

“Rumah saya memang kedai malah lebih 50 tahun sudah berniaga nasi dagang, nasi lemak dan nasi kebuli pada hari biasa.

“Cuma pada hari perayaan saya tidak berniaga dan menjamu orang ramai yang bertandang ke rumah dalam kedai berkenaan.

“Mungkin sebab suasana kedai yang membuatkan dia berhenti dan makan seterusnya ingin membuat bayaran.

“Saya juga terkejut apabila dia ingin membayar selepas makan,” katanya ketika ditemui di rumah dan kedainya di Kampung Matang, Hulu Terengganu kepada Harian Metro.

Tambah Fatimah lagi, dia bagaimanapun tidak mengetahui tentang kes tular tersebut pada awalnya dan hanya dimaklumkan anak dan cucunya selepas kejadian tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak marah dengan perkongsian tersebut malah menganggap ianya kelakar dan mengaluk-alukan lagi kedatangan lelaki tersebut ke ‘dapur’ miliknya.

Baca kisah lelaki tersebut yang tersalah masuk ke dapur milik Fatimah pada Aidiladha yang lalu di pautan di bawah. 

‘Ingatkan Kedai Rupanya Rumah Orang’- Telatah Lelaki Ini Salah Masuk Dapur Terbuka Buat Netizen Terhibur

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

Sering Disangka Bekerja Berdua, Netizen Terkejut Bila Lihat Belakang Tabir Video ‘Jungle Survival’

Sumber