Baru-baru ini, nama penyanyi Sissy Iman menjadi bualan hangat berhubung persembahan lagu ‘Jampi’ berentak keroncong nyanyian bersama Naim Daniel dikritik dengan teruk oleh Mas Idayu.

Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal meluahkan rasa terkilan dengan rancangan realiti di Malaysia sekarang kerana menjadikan maruah seseorang menjadi cagaran bagi menaikkan rating program tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Komen Ac Mizal di laman Facebook

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkongsi rasa terkilannya di akaun Facebook miliknya yang mempersoalkan perkara itu seolah-olah tidak memikirkan perasaan orang lain sehingga sanggup menjatuhkan maruah seseorang untuk viral di kaca TV.

“Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena comment!…Nak viral sampai jatuhkan maruah orang baik buat rancangan AYUH MAKI ORANG! bergurau dan maki orang lain di depan orang ada tahap nya….Nasib baik bukan saya yang kena” tulisnya menerusi Facebook.

Memetik satu hantaran di Facebook itu, pengacra berusia 51 tahun itu turut menasihat, jika mahu bergurau atau memberi kritikan ada batasnya, bukan mengherdik sesuka hati dikhalayak umum.

Tambahnya, usaha seseorang itu patut dihargai dan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. “Mendidik bukan mengherdik!,” katanya.

Dalam pada itu, AC berkata, dia sudah 33 tahun dalam industri dan dia paling tidak suka kalau menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan. Baginya, didiklah mereka dengan cara yang baik kerana tiada sesiapa di dunia ini kehidupannya sempurna.

Sementara itu, penyanyi Bob Yusof turut menyuarakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.

Menurut Bob, Naim dan Sissy wajar diberikan pujian kerana menjadikan lagu pop kepada keroncong, bukanlah suatu yang mudah.

Malah, dia mengatakan kedua-dua mereka mempunyai bakat yang besar dan telah berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan cara tersendiri.

“Seharusnya berikan lagi galakan dan tambah baik lagi nyanyian mereka dengan memberikan ilmu yang diketahui agar Irama Malaysia terus berkembang dengan baik. Keroncong adalah irama yang sangat merdu untuk dinyanyikan namun ada juga ketegasan dalam penyampaiannya,” ujar Bob.

“Nyanyian mereka juga tadi sangat serasi dan bagi saya mereka dah membawakan dengan cara mereka tersendiri namun tetap cuba mengekalkan lenggok keroncong walau susah bagi mereka, namun mereka terus berusaha dan mencuba, apa yang saya boleh katakan pendapat atau pendirian adalah hak masing-masing.

Bob turut mengucapkan tahniah buat Naim dan Sissy kerana berani menyanyikan irama keroncong di pentas yang besar.