Disney/Pixar’s Coco adalah buah tangan terbaru daripada Disney dan Pixar. Daripada apa yang saya lihat, ianya pasti sangat menarik! Filem ini adalah karya asal Lee Unkrich yang juga merupakan pengarah untuk filem ini. Disney/Pixar’s Coco akan ditayangkan di pawagam pada 23 November 2017.

Unkrich sebelum ini terlibat dalam karya-karya kartun awesome seperti Toy Story, Monster Inc, Finding Nemo dan Coco adalah filem kedua arahan penuh beliau selepas Toy Story 3 pada tahun 2010. Dan anda boleh expect sesuatu yang hebat daripada Unkrich untuk filem Coco ini.

Disney/Pixar’s Coco akan menyaksikan kisah pengembaraan kanak-kanak berusia 12 tahun, Miguel yang ingin menjadi seorang pemuzik. Namun impiannya bakal bertemu titik noktah apabila keluarganya tidak mahu Miguel menjadi seorang pemuzik apabila dewasa.

Namun, Miguel berpeluang untuk kembali bertemu dengan para nenek moyang beliau yang sudah mati dan mencari jawapan tentang asal usul beliau yang sebenarnya.

Berita baik kerana kami ada tiket ke tayangan perdana pada 22 November 2017 ini, mug notebook, ice cube tray, sling bag dan wireless speaker edisi khas filem Coco ini! Anda hanya perlu isi butiran pada ruangan di bawah.

Coco Premiums

Tayangan Perdana Disney/Pixar’s ‘Coco’
Tempat: TGV 1 Utama
Tarikh: 22 November October 2017 (Rabu)
Masa:8.45 malam

Syarat Penyertaan

1. Ikuti laman FB Walt Disney Studios dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #PixarCoco pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 November 2017 8.00 malam (Sabtu). Pemenang akan dihubungi pada 19 November 2017 (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Tayangan perdana ini akan berlangsung pada 23 November 2017.