Akhirnya, penantian hampir 5 tahun untuk sequel Pacific Rim akhirnya akan berakhir 22 Mac 2018. Pasti ramai yang sudah tidak sabar lagi untuk menonton filem kedua Pacific Rim ini.

Aktor dari siri Star Wars, John Boyega akan memegang watak Jake Pentecost, anak kepada Idris Elba general dalam filem pertama. Scott Eastwood, Cailee Spaeny, Jing Tian, Rinko Kikuchi, Charlie Day dan Burn Gorman akan kembali memegang watak dari filem yang pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem ini akan mengambil premis beberapa tahun selepas pertembungan epik di antara Kaiju dan Jaeger. Kaiju yang dilenyapkan dalam filem pertama cumalah permulaan kepada generasi Kaiju yang lebih hebat. Ianya kini bergantung kepada Jaeger generasi baharu untuk menyelamatkan bumi daripada terus diancam oleh Kaiju.

Vocket Premiere ‘Pacific Rim: Uprising’
Tarikh: 20 Mac 2018
Tempat: TGV 1 Utama
Masa: 9.00 Malam

1. Ikuti laman UIP Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #MYPacificRimUprising dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Mac 2018 8.00 malam (Ahad). Pemenang akan dihubungi pada 19 Mac 2018 (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Selamat berjaya!