Sheng Tai International Sdn Bhd telah mengumumkan kerjasamanya dengan KARL LAGERFELD dengan pelancaran Menara KARL LAGERFELD pada pembangunan The Sail bernilai RM6.5 bilion di Kota Laksamana Melaka. Menara ini dijangka siap pada tahun 2030.

Menara KARL LAGERFELD yang terdiri daripada sebuah hotel dan kediaman berjenama, bakal mencipta sebuah standard terulung sebagai Hotel KARL LAGERFELD yang pertama di Asia Tenggara tetapi butiran lanjut mengenai projek itu masih belum disahkan kerana ia masih di peringkat awal perancangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Usaha tersebut adalah sebahagian daripada rangkaian inisiatif transformatif yang dipimpin oleh Dato’ Leong Sir Ley, Pengerusi dan Presiden Sheng Tai International dalam membangunkan negeri Melaka sebagai sebuah Bandar Fesyen yang rancak dan berkembang maju di rantau ini.

Dengan portfolio hartanah yang mengagumkan, merangkumi 165.5 ekar hartanah perdana di Melaka (daripada gabungan pembangunan The Sail di 27.5 ekar dan 138 ekar tanah di tapak teater Encore) kawasan ini akan membentuk City of Hope (Kota Harapan) yang menakjubkan.