Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud logo kecil berbentuk kamera berwarna emas di bahagian depan pasport baharu? Logo ini menandakan anda memiliki pasport biometrik (juga dikenali sebagai ePasport.
Ramai yang mungkin sudah biasa melihatnya namun tidak tahu bahawa Malaysia menjadi tulang belakang kepada penciptaan teknologi biometrik ini.
Menjadi negara pertama yang mengisukan teknologi hebat ini

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mengeluarkan pasport biometrik pada Mac 1998, hasil pembangunan teknologi oleh sebuah syarikat tempatan, IRIS Corporation.
Untuk makluman, pasport biometrik (juga dikenali sebagai pasport elektronik, e-pasport atau pasport digital) ialah pasport yang mempunyai cip mikropemproses elektronik terbenam.
Cip ini mengandungi maklumat biometrik yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti pemegang pasport.
Ia menggunakan teknologi kad pintar tanpa sentuh, termasuk cip mikropemproses (cip komputer) dan antena (untuk bekalan kuasa kepada cip dan komunikasi) yang terbenam di kulit depan atau belakang, atau halaman tengah pasport.
Banyak negara implementasi peggunaan teknologi pasport biometrik
Menariknya, menjelang akhir tahun 2008, sebanyak 60 negara telah mengeluarkan pasport sebegini, dan jumlah ini meningkat kepada lebih 150 menjelang pertengahan tahun 2019.
Antara negara yang menggunakan teknologi ini adalah seperti berikut:-
1. Kanada
2. Mexico
3. Brazil
4. Australia
5. Singapura
6. China
7. Afrika Selatan dan banyak lagi.
Adalah penting untuk dimaklumkan bahawa penggunaan pasport biometrik adalah meluas dan terus berkembang seiring dengan semakin banyak negara meningkatkan keselamatan sempadan mereka dan melancarkan proses perjalanan.
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menetapkan piawaian untuk ciri-ciri pasport biometrik bagi memastikan kesalingoperasian antarabangsa.
Oleh itu, mereka yang memegang pasport biometrik turut boleh menikmati proses pengesahan imigresen yang lebih pantas.