Malaysia telah menjadi negara Asia pertama yang dipilih untuk ‘world tour’ menu istimewa kolaborasi antara McDonald’s bersama BTS. Menu ‘The BTS Meal’ telah dilancarkan secara rasmi semalam di beberapa buah negara dan tentu sahaja di Malaysia.

Lantaran itu, kesemua cawangan McDonald’s Malaysia meriah apabila dikunjungi ‘army’ seawal 10 pagi semalam dan para peminat berkongsi kehangatan serta kegembiraan mereka menjadi yang terawal mendapatkan menu ‘The BTS Meal’ itu. Malah, para peminat turut kongsikan kreativiti mereka dengan menyimpan beg kertas, bekas makanan dan minuman untuk dijadikan sebagai kenangan.

https://twitter.com/carlasthtc/status/1397462430712680449

https://www.tiktok.com/@aynartshop/video/6966470958370655490

Siapa sangka, beg kertas, bekas makanan dan minuman kolaborasi McDonald’s dengan BTS sudah dijual kembali di Carousell dan juga Shopee. Menerusi tinjauan kami, harga yang ditawarkan mencecah sehingga RM99 dimana anda sebenarnya boleh membeli sendiri di cawangan McDonald’s terdekat anda dengan harga RM16.20 untuk satu set.

Screenshot 2021-05-27 at 8.51.09 AM

photo_2021-05-27_09-24-36

photo_2021-05-27_09-24-41

Oleh itu, anda haruslah menjadi pengguna yang bijak agar dapat ‘menyelamatkan’ wang anda. Difahamkan, ‘The BTS Meal’ ini hanya akan tersedia di kesemua cawangan McDonald’s Malaysia selama 3 minggu sahaja, maka bagi yang belum mendapatkan bolehlah beli segera.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan BTS pada pautan di bawah ini.

Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal

Berkonsepkan ‘World Tour’, McDonald’s Perkenalkan BTS Meal Buat Para Peminat