Tular beberapa hari lalu apabila dimaklumkan Sambal Nyet keluaran Khairulaming telah diciplak. Lebih parah, Sambal Nyet versi ciplak sudah terjual sebanyak 700 unit dalam tempoh yang singkat. Tidak kurang juga yang memaklumkan menerima sambal basi daripada penjual ini.
Perkongsian yang dibuat Khairulaming tempoh hari dalam membezakan sambal yang dijual dengan versi ciplak dapat disemak dengan klik di sini. Tidak hanya mendedahkan perbezaan, Khairulaming turut berkongsi nama dan alamat penjual berkenaan bagi mengelakkan para pembeli tertipu.
Terbaharu, Khairulaming telah memuat naik perkongsian terbaru di Twitter memaklumkan penjual yang menjual Sambal Nyet ciplak mengaku atas kesalahan yang dibuat. Menariknya, Khairulaming memilih untuk selesaikan perkara ini dengan tiga tuntutan.
Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys🙏🏻), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her: pic.twitter.com/PtwtU0B363
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
Difahamkan, Khairulaming meminta untuk penjual ini membayar pampasan tunai kepada para pembeli. Menariknya, duit yang diterima tidak akan digunakan Khairulaming sebaliknya akan disedekahkan kepada asnaf yang memerlukan pada bulan Ramadan ini.
Seterusnya, permohonan secara terbuka turut dibuat dalam memaklumkan kepada umum kesalahan yang dibuat dalam memalsukan kandungan sambal dan juga rekaan botol Sambal Nyet. Tuntunan ketiga yang diminta adalah pengakuan salah yang dijalankan di Balai Polis Damansara.
3. statement pengakuan salah di balai polis. tadi dia dh pergi ke balai polis damansara yg aku buat laporan semalam, and buat pengakuan bertulis kat situ. semua details dan pengakuan dah captured dlm report polis pic.twitter.com/pm8jBUNYed
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
in addition to that, kedai dia pun sudah di banned dari shopee walaupun semalam nama kedai sudah ditukar dari MasturaAliyah ke DK Perfume Shop pic.twitter.com/y0LpYsqP9n
— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021
Dimaklumkan kedai Shopee yang menjual Sambal Nyet palsu ini juga telah dibekukan Shopee daripada diteruskan berniaga. Menurut Khairulaming, tujuan beliau melakukan semua ini adalah sebagai pengajaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil mudah dengan penipuan seperti ini.
Langkah yang dilakukan Khairulaming nampaknya turut mendapat pujian netizen yang tegas dalam menyelesaikan isu yang berlaku sekaligus menjadi pengajaran buat netizen yang lain.
Selain dr resipi memasak kita boleh belajar sesuatu dr khairulaming spt products marketing, strategic management, people centrics, socmed opportunities, gigs economy, team leadership, dan bila ada fake product yg ganggu bisnes dia apply risk managements & damage control yg baik.
— chill (@_soultz_) April 29, 2021
respect cara dia siasat pesalah yg menganiaya bisnes hingga ke akar umbi & he handled it professionally, mungkin lepas ni kita boleh suruh Khairul Aming siasat pasal kartel PDRM & suruh dia cari Jho Low pula.
— hafiz (@cygaraga) April 29, 2021
https://twitter.com/_IkuyaKirishima/status/1387668059679182851
Menerusi isu yang berlaku, dapat disimpulkan untuk hanya mendapatkan Sambal Nyet hanya melalui laman rasmi Shopee Khairulaming. Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadi reseller Sambal Nyet dan dijual dengan harga sehingga RM126.
Tidak hanya diciplak dalam negara, nama Sambal Nyet dan Khairulaming turut digunakan oleh penjual sambal di China.
Belum Selesai Isu ‘Reseller’, Jenama Sambal Di China Gunakan Nama Khairulaming Untuk Lariskan Produk
Khairulaming Kongsi ‘Behind The Scene’ Setiap Kali Tambah Sambal Nyet Di Shopee
Masak Spaghetti Carbonara Dengan Cara Yang Tepat, Khairulaming Terima Pujian Chef Terkenal Singapura