Jika anda rasa beli kasut itu satu pembaziran, anda pasti akan terkejut dengan perkongsian ini. Geng Masses menjemput dua collector kasut, Hans Abdullah dan Paul Bernard Xavier untuk bersembang tentang koleksi kasut yang sangat rare yang dikenali sebagai Player Exclusive (PE).
Dalam video ini, mereka berkongsikan dua model PE Jordan 3s yang dibuat khas untuk Michigan State University dan University Of North Carolina (UNC). Dua model ini hanya dihasilkan khas untuk atlet di dua universiti ini sahaja dan tidak dijual kepada orang luar. Jadi, sesiapa yang memilikinya memang sangat bertuah.
Disebabkan kisah unik di sebalik model UNC ini, ianya mempunyai harga pasaran yang gila iaitu USD8,000 (~RM32,900) manakala untuk model Michigan pula adalah sekitar USD4,000 (~RM16,400). Gabungkan harga dua model ini, anda boleh beli sebuah kereta Myvi baharu secara tunai . Begitulah harga yang sanggup dibayar oleh peminat setia Nike.