Peminat bola sepak terutama sekali Spurs mempersoalkan kenapa VAR tidak membatalkan gol Arsenal ketika menentang Spurs.

Arsenal bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang 2-1 dalam perlawanan derbi Londo Utara.

Selepas tamat perlawanan, pemain tengah Spurs, Dejan Kulusevski mempersoalkan kenapa pengadil memberikan Arsenal sepakan penjuru – yang menjadi punca gol penyamaan Arsenal – sedangkan sepatutnya Tottenham yang mendapat sepakan gol.

Sepakan penjuru itu jelas satu kesilapan daripada pengadil. Apabila bola terkena kepada Trossard sebelum ia keluar.

Jika gol ofsaid akan dinilai walaupun beberapa minit selepas aksi. Atau keputusan kad merah boleh disemak semula jika ada ofsaid sebelum itu. Kenapa gol Arsenal itu tidak disemak melibatkan sepakan penjuru tersebut?

Sebenarnya, VAR tidak boleh digunakan untuk menyemak pemberian sepakan penjuru. VAR hanya digunakan untuk menyemak 4 perkara ini:

1. Penalti

VAR digunakan untuk menilai sama ada keputusan pengadil memberikan penalti adalah tepat. Atau VAR mencadangkan pengadil untuk menyemak semula keputusan di atas padang.

VAR biasanya akan melihat sama ada bola masih dalam permainan ketika insiden berlaku.

2. Kad merah

Kad merah atau kad kuning kedua akan dinilai oleh VAR. Dan pengadil boleh merujuk VAR di atas keputusan pengadilan awalnya.

3. Gol

VAR sangat penting dalam membantu pengadil untuk menentukan sama ada sesuatu gol itu bersih atau tidak.

4. Mengenalpasti indentiti pemain

VAR boleh menjadi rujukan oleh pengadil untuk melihat siapakah sebenarnya pemain yang melakukan kesalahan atau wajar dikenakan tindakan disiplin.

Rumusan

Berdasarkan 4 butiran di atas ini. Arsenal hanya dinilai VAR berdasarkan gol. Sama ada gol itu bersih atau sebaliknya. Gabriel Maghalhaes menanduk bola tanpa melakukan sebarang kesalahan dalam permainan.

Dan gol itu diberikan oleh pengadil. VAR setuju bahawa proses sepakan penjuru itu tidak ada kesalahan daripada pemain Arsenal.

Sebaliknya VAR tidak bertanggungjawab untuk menilai sama ada sepakan penjuru itu wajar diberikan atau tidak. Kerana ia di luar bidang kuasa VAR.

VAR hanya membantu pengadil dalam pengadilan, bukannya menjadi pengadil utama dalam perlawanan.

Alan Shearer setuju bahawa VAR tidak perlu campur tangan sesuai dengan peraturan.