Berbaki beberapa jam lagi sebelum berlangsung konsert Coldplay pada malam ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan suis pemati atau kill switch akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menurut YB Fahmi Fadzil, perkara itu telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert. Suis pemati berfungsi untuk menghentikan konsert yang melanggar garis panduan ditetapkan.

Sumber: Malay Mail

“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin.

“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital: Transformasi Digital Pintar dalam Era 5G, di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam yang akan beroperasi sehingga lewat malam ini bagi memudahkan pergerakan lalu lintas.

Sumber