Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan bahawa pemberian kewarganegaraan kepada 7 pemain warisan adalah berlandaskan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baru baru ini, dunia bola sepak gempar dengan berita bahawa FIFA mengenakan tindakan ke atas FAM di atas kesalahan pemalsuan dokumen.
Di mana maklumat tempat kelahiran 7 pemain warisan yang dikemukakan FAM berbeza dengan maklumat yang diperolehi oleh sekretariat FIFA.
Kementerian Dalam Negeri Malayia turut dirundung pertanyaan tentang, bagaiaman 7 pemain ini diberikan kewarganegaraan?
Menurut menterinya, Saifuddin Nasution, pihaknya telah mengguna pakai Perkara 20 (1) (c) untuk memberi pengecualian bagi syarat permaustatin kepada 7 pemain warisan tersebut.
Dipetik daripada sumber Utusan TV, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata: “Akta Pendaftaran Kelahiran ini memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri, saya dan Menteri-menteri Dalam Negeri sebelum ini untuk turut mengguna pakai Perkara 20 (1) (C) untuk memberi pengecualian untuk syarat permaustatin.
“Itu yang saya guna pakai untuk memberikannya.”
Namun begitu menurut beliau, semua pihak harus faham bahawa perlembagaan Malaysia dengan ketetapan FIFA adalah dua perkara berbeza.
Beliau menambah: “Di sana ada FIFA statute, berkaitan dengan pemain warisan dan kelayakann mereka. Itu antara FIFA dan FAM.
“FIFA menyatakan bahawa maklumat yang diberikan itu sebagai palsu. Sementara menurut FAM, ianya adalah maklumat yang diberikan oleh pemain.
“Untuk perkara itu, biar mereka yang selesaikan. Sementara itu, dari sudut perlembagaan, sangat jelas saya berikan.”
@utusantvofficial 9 OKT 25: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemberian warganegara terhadap tujuh pemain itu mengikut tertib yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beliau turut mengguna pakai Perkara 20 (1) (c) untuk memberi pengecualian bagi syarat permaustatin dalam hal tersebut. “Akta Pendaftaran Kelahiran ini memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri, saya dan Menteri-menteri Dalam Negeri sebelum ini untuk turut mengguna pakai Perkara 20 (1) (C) untuk memberi pengecualian untuk syarat permaustatin. Itu saya guna pakai untuk memberikannya,” katanya. Klik kotak hijau untuk berita lanjut 📰 #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #pemainwarisan #kdn #saifuddinnasution