Di Malaysia, salah satu cara berkesan untuk melariskan jualan sudah semestinya dengan tambah cheese leleh pada apa jua makanan.

Terbaharu, tular sebuah video yang memperlihatkan penawaran menu char kuey teow yang ditambah dengan cheese leleh padanya.

Menerusi video tersebut, boleh lihat si tukang masak tampak bersemangat memasak char kuey teow tersebut di dalam kuali lalu dimasukkan segala ramuan dan bahan-bahan mentah seperti udang.

Menu Char Kuey Teow Tambah Cheese Leleh Ini Bikin Netizen Loya Tekak
Sumber Gambar: X

Selepas selesai dihidangkan di atas pinggan barulah ditambah cheese leleh tersebut dengan jumlah yang banyak.

Menu Char Kuey Teow Tambah Cheese Leleh Ini Bikin Netizen Loya Tekak
Sumber Gambar: X

Pemilik gerai makan terbabit sedia menjual menu ‘unik’ ini kepada mereka yang berminat dengan harga RM9 sahaja walaupun dianggap pelik bagi orang biasa.

Video yang dikongsikan semula di platform X itu telah meraih perhatian netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa loya tekak melihat inovasi cheese leleh yang ditambah pada char kuey teow.

Hal ini kerana char kuey teow yang dijual sudahlah dibasahi kuahnya sendiri lalu ditambah cheese leleh yang boleh membuatkan sesiapa yang makan merasa muak.

Menu Char Kuey Teow Tambah Cheese Leleh Ini Bikin Netizen Loya Tekak
Sumber Gambar: X
Menu Char Kuey Teow Tambah Cheese Leleh Ini Bikin Netizen Loya Tekak
Sumber Gambar: X

Ramai juga mendakwa penambahan sedemikian sebenarnya hanya merosakkan sesuatu juadah berbanding sebagai inovasi.

Sebahagian turut mempersoalkan mengapa penjual makanan di Malaysia terlalu obses menambah cheese pada makanan yang tidak bersesuaian tanpa memikirkan rasa yang dihasilkan selepas itu.