Bukan mudah untuk memulakan perniagaan. Perlu ada pertimbangan dan perancangan yang teliti sebelum memulakan atau membuka sesuatu perniagaan. Ahli perniagaan yang berjaya akan memikirkan segala faktor penting sebelum membuat sebarang keputusan.

Faktor-faktor ini bukan sahaja datang dari segi dalaman seperti minat, pengalaman dan pengetahuan. Anda juga mestilah tahu di mana perniagaan anda mahu dibina.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Terbaharu, US News telah mengeluarkan senarai Best Countries to Start a Business 2020 atau negara terbaik untuk anda memulakan perniagaan. Melalui hasil tinjauan berdasarkan persepsi global dan temubual bersama 6,000 ahli perniagaan.

Screenshot 2020-11-25 at 11.58.11 AM
US News

Melalui tinjaun terbabit, Thailand berada di tangga pertama sebagai negara terbaik untuk memulakan perniagaan dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bernilai USD$ 505.0 bilion.

Malaysia pula berada di tangga kedua dengan KDNK USD$ 354.3 bilion. “Terletak di dua wilayah yang terpisah di antara Laut China Selatan, Malaysia adalah sebuah negara kecil dengan ekonomi yang berkembang pesat,” kata kenyataan US News.

Manakala di tangga ketiga pula adalah China. Dianggap sebagai salah satu negara yang berkembang pesat, ekonomi China kini berada tidak jauh dengan Amerika Syarikat dan dianggap sebagai negara yang penuh dengan peluang untuk perniagaan anda berkembang.

Screenshot 2020-11-25 at 12.00.46 PM
US News

Selepas China, jiran kita, Singapura menduduki tempat keempat sebelum diikuti oleh India, Filipina, Mexico, Switzerland, Indonesia dan terakhir sekali adalah Kanada.

Antara aspek yang dilihat oleh US News adalah kos yang berpatutan, birokrasi, kos pembuatan yang rendah, hubungan dengan dunia luar dan akses mudah ke ibu kota.

Setiap aspek akan mempunyai markah antara 0 hingga 100. Dari senarai tersebut, tujuh dari sepuluh negara Asia mendominasi senarai ini, termasuk Malaysia.

Terdahulu, pakar perubatan antarabangsa mahu negara luar ‘tiru’ cara Malaysia atasi COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Perubatan Antarabangsa Mahu Negara Luar ‘Tiru’ Cara Malaysia Atasi COVID-19

Dr Noor Hisham Kongsi Laporan Media Berbahasa Cina, Malaysia Di Tangga Kedua Terbaik ‘Anti-Pandemik’

Lihat Hasil Kerja Jurufoto Tempatan Yang Pernah Bekerja Untuk Media Antarabangsa