Penyanyi Amylea Azizan dikhabarkan telah sah bernikah dengan pilihan hatinya, Mohammad Aqbar Mohamad dan perkahwinan mereka telah dilangsungkan secara tertutup.

Menerusi laporan, perkahwinan tersebut telah menepis semua tuduhan tidak berasas segelintir netizen yang mengatakan dirinya suka jantina sama sejenis.

Baca Juga:

“Ada orang cakap saya ini lambat kahwin dan tak pernah ada kekasih sampai ada yang melabelkan saya tidak ‘straight’ (lesbian).

“Merahsiakan perkahwinan adalah persetujuan semua pihak dan permintaan keluarga kami sendiri.” ujar Amylea.

Malah, perkahwinannya bersama suami dirahsiakan atas sebab yang tidak boleh dikongsi.