Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dengan menaiki Mercedes-Benz dan Nissan Grand Livina di Kampung Kok Keli di sini, kelmarin.
Kesemua ditangkap semasa Op Taring Wawasan pada jam 10 malam, petik kenyataan rasmi Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi.
Baca Juga:
- Jurujual ‘Stress’ Layan Pelanggan Gaji RM3,000 Tapi Nak Beli Mercedes RM300,000
- ‘Bukan Tak Bayar, Tak Tahu Akaun Bank Kena Block’ – Pemilik Mercedes Choii
- Dirakam Mengundur Langgar Kereta E-Hailing, Datin Bawa Mercedes ‘Taichi’ Enggan Bayar Ganti Rugi
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya menyerbu sebuah rumah.
“Ketika anggota tiba di lokasi, dua lelaki disyaki tekong melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 lelaki dan seorang wanita menjadi penumpang dalam Grand Livina dan Mercedes Benz di depan rumah berkenaan.
“Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai warga Myanmar. Kesemua Pati terbabit disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.
Memetik kenyataan rasmi itu lagi, semua suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan di bawah Sek 26J Akta ATIPSOM 2007 dan telah dibawa ke IPD Tumpat untuk tindakan selanjutnya.