Facebook merupakan medium untuk memudahkan penggunanya bersosial dan mencari maklumat. Malah, wujud pelbagai kumpulan dicipta bagi berkongsi minat yang sama.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @emrhaqim berkongsi akan kewujudan ‘swinger group’ ataupun dikenali tukar pasangan suami isteri di Facebook untuk tujuan persetubuhan. Menurut beliau, dirinya secara tidak sengaja menjumpai group tersebut apabila membuat carian berkaitan tukar nama hak milik di JPJ.
Jumpa group ni. Aku macam curious lah kan apa maksud tukar tu? Aku pun cuba bukak.
Satu private group, lagi satu public. So aku tgk yg public. pic.twitter.com/jkQ7saM3zl
— Fatin Mazlan (@fxtinmazlan) June 24, 2021
Haqim yang berasa hairan dengan nama group tersebut iaitu tukar pasangan suami isteri membuat keputusan untuk menjengah ke dalam group. Beliau berasa terkejut apabila melihat ada suami dan isteri yang menawarkan diri untuk melakukan hubungan seksual dengan pasangan lain secara sukarela.
Bukan itu sahaja, dapat dilihat ahli dalam group tersebut seperti tidak malu untuk menawarkan diri dan mencari pasangan yang sudah berkahwin untuk melakukan hubungan seksual.
Damn scary gila. Dalam group ni bukan ada suami je, isteri orang pun ada sekali.
Tau apa lagi gila? Ada husband and wife yg open kalau orang lain nak join sekali to do that thing. WHAT. pic.twitter.com/bRMaa1OhQj
— Fatin Mazlan (@fxtinmazlan) June 24, 2021
Dah macam cari barang weh. Siapa area sana. Siapa area sini.
Pstu ada yg komen saya saya. Pm done pm done.
Sumpah lelaki dengan perempuan yg dah kahwin lepstu buat benda macamni aku xtaula nak cakap apa.
Kau dah kahwin, dah ada someone. WHY WOULD YOU CARI ORG LAIN BILA H@RNY. pic.twitter.com/BM1SvG9pxE
— Fatin Mazlan (@fxtinmazlan) June 24, 2021
Isu ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana wujud golongan ‘swinger’ ini di Malaysia. Malah, pihak berkuasa harusnya memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan.
Para netizen turut sudah ‘menyerang’ group tersebut dengan membuat aduan di Facebook dan memberikan komen di dalam group tersebut. Ada juga netizen yang mengatakan isu ini pernah dibangkitkan dan dikupas Mastika sebelum ini.
Hello jakim pls go do your thing 😡
Ya Allah, please guide us all and never let us go astray 😭 tenatnya umat kita skrg 😭 https://t.co/SN5pgcjodX
— B (@bessythemessy) June 24, 2021
Done report group tu https://t.co/h2oz6cCbAm
— 𝒞𝒶𝓂𝒾𝓁𝓁ℯ (@OrkedKamila) June 24, 2021
https://twitter.com/AyamAcc/status/1407929373806583809
Perbuatan menukar pasangan walaupun secara sukarela adalah satu perbuatan terkutuk dan tidak seharusnya perkara ini terjadi. Untuk pengetahuan anda, ‘swinger’ secara amnya merujuk kepada seseorang yang terlibat dengan perbuatan seksual secara kumpulan ataupun bertukar pasangan seksual.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Selepas 19 Tahun, Peminat Terpegun Lihat Wajah Terkini Avril Lavigne
Kecewa Dituduh Mandul Oleh Pengguna Media Sosial, Siti Elizad Tampil Buat Laporan Polis