Barcelona disarankan memujuk Lionel Messi untuk dilantik sebagai pengurus baharu kelab tersebut bagi menggantikan tempat Xavi Hernandes.
Saranan itu diutarakan oleh bekas pemain England, Danny Murphy yang menegaskan Messi ialah calon yang tepat untuk membimbing pasukan Barcelona menurut laporan DailyMail.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Gaji Yang Diterima ‘Bodyguard’ Lionel Messi
- Xavi: Kalau Ada Masalah, Saya Akan Kemas Beg
- Barcelona Mahu Tamatkan Kerjasama Bersama Nike
Baru-baru ini, Xavi berkata beliau akan meletak jawatan pada penghujung musim selepas juara bertahan itu tewas 3-5 kepada Villarreal pada aksi La Liga.
Walaupun Messi tiada pengalaman sebagai jurulatih, namun Murphy yakin apa dilakukan oleh kapten Inter Miami itu akan menghasilkan keputusan yang bagus.
“Kalau saya, saya akan beri jawatan itu kepada Messi. Penyokong pasti akan memberi sokongan penuh.
“Apa yang disentuh oleh Messi selalunya berubah menjadi emas. Dia ada di bumi ini untuk melakukan hal-hal luar biasa. Perkara itu tidak akan terhenti jika dia ada dalam pengurusan kelab,” tambah Murphy.
Barcelona told to appoint Lionel Messi as manager to replace Xavihttps://t.co/CdFfrXqwRh
— talkSPORT (@talkSPORT) February 1, 2024
Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada Barcelona mengenai calon jurulatih baharu untuk menggantikan tempat Xavi. Malah, peluang Messi untuk jadi pengendali Barcelona pasti tiada kerana beliau masih ada kontrak bersama Inter Miami.
Ketika bergelar pemain Barcelona, Messi telah merekodkan 672 gol dalam 778 penampilan pada semua pertandingan serta memenangi 31 kejuaraan utama.
Pemain berusia 36 tahun itu mengakhiri penantiannya untuk gelaran antarabangsa pertama dengan Argentina apabila menjuarai Copa America 2021 dan juga Piala Dunia 2022 di Qatar.