Presiden Donald Trump dengan lagak ala gangster, pada hari Khamis memberi bayangan bahawa pentadbirannya mungkin akan mengalihkan perhatian kepada Cuba selepas operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Iran selesai.

Donald Trump memberikan amaran itu di hadapan Lionel Messi dan rakan rakannya. Inter Miami diraikan di Rumah Putih sebagai juara Piala MLS.

Lionel Messi dilihat terkedu ketika Trump mengumumkan tentang sasaran Amerika Syarikat yang seterusnya.

Messi trump
Foto: X

Trump berkata: “Apa yang berlaku dengan Cuba memang luar biasa,” kata Trump di Rumah Putih ketika menerima kunjungan pasukan Inter Miami CF, juara Major League Soccer 2025.

“Kami fikir kami mahu selesaikan yang ini dulu (Iran), tetapi selepas itu hanya soal masa sebelum anda dan ramai orang hebat akan kembali ke Cuba — harapnya bukan untuk terus tinggal di sana,” kata Trump kepada hadirin yang ramai berasal dari komuniti Cuba di Miami.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa Trump, yang baru kurang seminggu terlibat dalam konflik ketenteraan yang semakin memuncak di Timur Tengah, sedang mempertimbangkan satu lagi langkah besar dalam dasar luar negara.

Trump benar benar bangga mengumumkan di hadapan pemain pemain Inter Miami tentang operasi ketenteraannya di Iran yang mencetuskan krisis kemanusiaan.

Dan kini, Trump sudah merancang langkah seterusnya iaitu menyerang Cuba.

“Kami mahu anda kembali, dan kami tidak mahu kehilangan anda. Kami juga tidak mahu menjadikannya terlalu baik sehingga mereka terus tinggal di sana. Tetapi ada juga orang yang mungkin mahu tinggal, kerana mereka sangat mencintai Cuba,” katanya.

Trump kemudian kembali bercakap mengenai perang di Iran dan mendakwa tentera Amerika Syarikat serta Isr*el sedang “menghancurkan musuh sepenuhnya.”

Trump juga memuji Setiausaha Negara Marco Rubio dengan berkata beliau telah melakukan “kerja yang hebat.”

“Dan kamu juga melakukan kerja yang hebat di satu tempat bernama Cuba,” tambah Trump, yang disambut tepukan daripada hadirin.

Kenyataan terbaru Trump mengenai Cuba datang selepas beberapa petunjuk sebelum ini daripada sekutunya bahawa pulau Caribbean itu mungkin menjadi sasaran seterusnya dalam strategi dasar luar Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, Senator Lindsey Graham sebelum ini berkata di televisyen bahawa “Cuba adalah yang seterusnya” selepas serangan ke atas Iran.

Dalam wawancara dengan Politico, Trump juga meramalkan bahawa selepas kerajaan Iran tumbang, “Cuba juga akan jatuh.”

Trump turut mendakwa beliau telah menekan ekonomi Cuba untuk memaksa negara itu berunding dengan Amerika Syarikat, termasuk dengan memutuskan bekalan minyak dari Venezuela — yang merupakan sumber utama tenaga bagi Cuba.

“Kami potong semua minyak, semua wang — semuanya dari Venezuela. Mereka mahu buat perjanjian,” kata Trump.

“Kami sedang bercakap dengan Cuba,” tambahnya. “Berapa lama anda sudah dengar tentang Cuba — Cuba, Cuba — selama 50 tahun? Bagi saya, itu salah satu yang kecil.”