Walaupun gagal tersenarai dalam pencalonan akhir Ballon d’Or, Lionel Messi berjaya menempatkan diri dalam senarai finalis 11 terbaik FIFA untuk Anugerah FIFA Best.
Yang bermaksud pemain legenda itu bersaing untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA Best 2024. Ramai peminat agak terkejut dengan adanya nama Messi dalam senarai.
Selain daripada nama Lionel Messi yang kini bermain untuk Inter Miami, terdapat 6 bintang Real Madrid dalam senarai iait Kylian Mbappe (yang baru menyertai Real – sebelum ini bermain untuk PSG), Vinicius Jr, Dani Carvajal, Jude Bellingham, Toni Kroos dan juga Fede Valverde.
Dua pemain Man City, Erling Haaland dan Rodri yang merupakan pemenang Ballon d’Or. Rodri sebelum ini berjaya menewaskan Vinicius Jr dalam Ballon d’Or 2024.
Seorang pemain Barcelona iaitu Lamine Yamal dan seterusnya pemain Leverkusen, Florian Wirtz melengkapkan 11 finalis. Wirtz membantu kelabnya memenangi 2 kejuaraan domestik termasuk Bundesliga dengan kejayaan tanpa kalah.
Sementara Lamine Yamal yang sebelum ini memenangi Trofi Koppa di Ballon d’Or untuk mengiktiraf Pemain Muda Terbaik, sekali lagi bersaing di pentas tertinggi. Dia membantu Sepanyol menjadi juara Euron 2024.
#TheBest FIFA Men's Player 2024 nominees.
Let the voting begin… 🗳️
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 28, 2024
Rodri dan Vinicius Jr dianggap dua calon pilihan utama sekali lagi. Vinicius sebelum ini terlepas peluang memenangi Ballon d’Or. Adakah dia akan berjaya merangkul pulang Anugerah FIFA Best.
Atau mungkinkah Lionel Messi masih menjadi pemain yang akan merangkul pulang anugerah tersebut.
Banyak lagi pencalonan lain dalam pelbagai kategori Anugerah FIFA Best 2024.
Anugerah FIFA Best diwujudkan pada 2021 selepas berpisah dengan Ballon d’Or.