Mark Zuckerberg dilihat sangat obses dengan idea metaverse sehingga sanggup melabur berbilion ringgit. Bagaimanapun, percaturan untuk fokis metaverse ini dilihat sangat berisiko dan berpotensi besar untuk gagal.
Menerusi laporan suku ke-4 tahun lalu, ternyata fokus metaverse yang diberikan oleh Mark Zuckerberg dilihat tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Syarikat Meta melaporkan secara rasmi bahawa mereka alami kerugian besar kira-kira $4.3 bilion (~RM20.3 bilion) menerusi metaverse division dan VR pada suku ke-4 tahun lalu. Bahkan, saham Meta juga merundum sebanyak 50% sejak tahun lalu.
Meskipun dilihat gagal mendapatkan pulangan menerusi platform metaverse, syarikat Meta masih berjaya menjana pendapatan berbilion ringgit daripada platform media sosial mereka termasuklah WhatsApp, Instagram, Facebook dan Messenger.
Dalam pada itu, Mark Zuckerberg dilihat sangat optimis dan sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar hanya untuk mengembangkan teknologi metaverse meskipun mengalami kerugian pada saban tahun.
Beliau juga menegaskan prioriti bisnes masih kekal sama iaitu AI untuk sekarang dan metaverse untuk jangka masa panjang. Dalam menuju ke hadapan, syarikat Meta sedia melepaskan seramai 11,000 tenaga pekerja demi kelangsungan syarikat dalam beberapa tahun mendatang.