Malaysian Football League (MFL) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam berhubung keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap rayuan kes tujuh pemain warisan.
Rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah ditolak,dan keputusan FIFA untuk mengenakan denda CHF 350,000 ke atas FAM dikekalkan.
Sementara itu, tujuh pemain berkenaan tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan atas kesalahan pemalsuan dokumen.
Namun, hukuman itu hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Ini bermakna memberi ruang kepada pemain-pemain terbabit untuk kekal menjalani aktiviti tertentu yang tidak melibatkan perlawanan rasmi.
MFL Keluarkan Kenyataan Rasmi
Larangan bermain bermula 5 Mac 2026, dengan pengiraan kredit tempoh penggantungan dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026 yang telah dianggap telah dijalani.
Keadaan itu menyaksikan mereka hanya perlu menjalani hukuman tersebut kira-kira berbaki lapan bulan sahaja lagi.
Susulan keputusan itu, MFL mengumumkan bahawa tiga pemain daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terlibat iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel serta pemain Kuching City, Gabriel Palmero tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan tersebut.