Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan pasukan yang beraksi di pentas Asia untuk menambah seorang lagi pemain import sebagai tambahan dari sembilan kuota yang dibenarkan sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi oleh MFL, sungguhpun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijangka akan mengumumkan peraturan pemain asing tanpa had untuk pertandingan kelab AFC, MFL membuat keputusan tidak akan mengikut kuota tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“MFL mengekalkan kuota sembilan (9) pemain import dalam pendaftaran bagi musim 2024-2025 dan hanya pasukan-pasukan yang bersaing di pertandingan AFC iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan ACL 2 serta pertandingan kelab ASEAN (AFF) dibenarkan mendaftar tambahan satu (1) pemain import.

Pada masa yang sama, selepas menerima beberapa permintaan daripada kelab lain, MFL bersetuju untuk menambah kuota pemain import yang beraksi di atas padang.

“Namun selepas menerima permintaan beberapa kelab serta mendapat persetujuan oleh kelab-kelab Liga Malaysia yang lain, badan itu mengumumkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang untuk musim 2024-2025.

“Ini bermakna kuota musim 2024-2025 yang dipersetujui semua pasukan adalah 6 pemain import (iaitu 4+1 (Asia)+1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang pemain di bangku simpanan.

“Walaupun menerima permintaan kelab Liga Malaysia, MFL bagaimanapun mengingatkan kepada semua kelab agar mengambil pemain import mengikut kesesuaian percaturan serta kemampuan kewangan masing-masing,” jelas MFL.

Susulan pertukaran tarikh pemeriksaan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang sebelum ini dijadual pada Februari 2024 ke tarikh baharu pada 16 hingga 21 April 2024 maka, tarikh sepak mula Liga Malaysia 2024-2025 dianjakkan seminggu bagi membolehkan MFL mengadakan siri perlawanan ujian sistem VAR.

“Berikutan perubahan tarikh pemeriksaan FIFA tersebut, MFL terpaksa melewatkan tarikh sepak mula Liga Malaysia seminggu berbanding tarikh asal iaitu 3-5 Mei ke 10-12 Mei 2024.

“MFL kini dalam perbincangan bersama kelab-kelab yang terlibat dengan siri perlawanan ini dan maklumat lanjut mengenai perancangan ini akan diumumkan sebaik sahaja butiran telah dimuktamadkan,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh badan itu.