Legenda Mesir, Ahmed Hossam Hussein Abdelhamid atau lebih dikenali sebagai Mido menyimpan tekad untuk keluar daripada persaraan.
Beliau yang kini sudah mencecah usia 41 tahun menegaskan bahawa sudah bersedia untuk sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai penyerang.
Baca Juga:
- Tonggak Palestin Tolak Tawaran Kelab Mesir Dan Qatar Demi Malaysia
- Penampilan Baharu Mohamed Salah Jadi Bualan Peminat
- Mohamed Salah Tidak Akan Tinggal Puasa Menjelang Perlawanan Akhir UCL
Mengumumkan persaraan pada musim 2012/13 dimana ketika itu beliau bersama Barnsley dalam kempen EFL Championship, Mido membuat 277 penampilan dan berjaya menjaringkan 84 gol sepanjang kariernya.
Antara kelab terkenal Eropah yang pernah disertainya ialah Tottenham Hotspur, Ajax, AS Roma dan Marseille.
“Saya memikirkan untuk kembali beraksi. Perjalanan karier saya masih belum lengkap,” ujar Mido menurut sumber laporan Goal.
“Saya akan kembali bermain dalam saingan Liga Mesir dan saya bertaruh sekiranya saya kembali ke Liga Mesir, saya akan menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol semusim.”
“Saya boleh menjaringkan 10 gol sambil hanya berdiri di atas padang walaupun saya kini sudah berusia 41 tahun. . Tiada penyerang dalam liga Mesir, dan tahap semasa mereka yang mendorong saya untuk kembali.”
“Saya kini sudah 60 peratus bersedia dan saya akan melalui tempoh persediaan bersama sebuah pasukan yang cukup bersejarah. Ia merupakan satu cerita yang manis.”
“Saya masih belum bersara tetapi saya bercuti untuk 10 tahun. Saya berlatih dengan bola untuk mendapatkan ‘ball feeling’,” tambah Mido lagi.
Mido sebelum ini bergelar pengurus Ismaily SC yang beraksi dalam saingan Liga Mesir tetapi dipecat hanya selepas sembilan perlawanan