Pengasas band lagenda, Linkin Park iaitu Mike Shinoda telah berkongsi satu peristiwa unik yang berkait dengan Malaysia sekaligus mencuri perhatian warga tempatan di media sosial.

Menerusi satu potongan video dari satu temu bual, dia telah disoal oleh pengacara tersebut kejadian di mana seorang bayi dari Malaysia yang menerima tanda tangannya suatu ketika dahulu.

“Seorang lelaki datang kepada saya tetapi tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan meminta tanda tangan untuk sesuatu.

“Dan saya cakap boleh sahaja dan berfikir mungkin pada sesuatu perkara yang munasabah. Dan ia bukan tetapi kepada seorang bayi”, kongsinya.

Tambahnya, alangkah terkejut apabila lelaki terbabit memberinya marker jenama Sharpie dan menghulur bayinya sebagai tempat tanda tangan.

Susulan sudah bersetuju pada sebelum itu, dia memenuhi permintaan lelaki tersebut yang mahu Mike memberi tanda tangan pada anaknya.

Apabila disoal sama ada dia menanda tangani pada pakaian atau pada fizikal bayi berkenaan, Mike mendedahkan dia memang memberi tanda tangan pada bayi itu.

“Lelaki itu tidak mahu saya menanda tangani pada pakaian. Dia berkeras mahu pada bayinya”, katanya lagi.

Malah, dia mahu melihat bayi itu yang sudah besar untuk datang kepadanya dan mengaku telah menerima tanda tangannya dan berkata ‘sayalah orangnya. Saya dapat tanda tangan pada dahi suatu ketika dahulu atau sebagainya’.

Dia juga sangat yakin telah meletakkan tanda tangan pada bahagian kepala bayi berkenaan sewaktu kejadian kerana bapanya sendiri menunjuk ke arah bahagian yang mahu ditanda tangani.

Dia sambil berkata ‘Saya rasa saya 60% percaya telah menanda tangani pada kepala bayi itu’ pada pengakhiran video.

@mythicalkitchen

He signed a BABY?? @mshinoda @linkinpark #linkinpark #LastMeals #Mythical

♬ original sound – Mythical Kitchen – Mythical Kitchen

Ruangan komentar video itu langsung dipenuhi oleh netizen tempatan dan rata-ratanya meluahkan rasa bangga kerana nama negara Malaysia disebut oleh pengasas lagenda band terkenal.

Mike shinoda
Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ramai juga mahu tahu gerangan siapakah lelaki dan bayi yang diceritakan oleh Mike Shinoda itu dan berharap mereka boleh bertemu dengannya sebagai reunion.