Peminat Linkin Park bengang dengan tindakan band yang selama ini menggelarkan diri mereka sebagai band penghargaan atau tribute kepada Linkin Park – Hybrid Theory, telah ‘claim’ diri mereka Real Linkin Park.

Claim diri Real Linkin Park

Kumpulan tersebut dengan selamba berkongsi hantaran di akaun media sosial rasmi mereka: “Hanya ada satu Real Linkin Park pada hari ini.”

Hybrid

Kenyataan itu dibuat selepas band tersebut merasakan bahawa mereka ‘lebih’ Linkin Park daripada Linkin Park sebenar yang kini vokalisnya adalah Emily Armstrong.

Band penghargaan Linkin Park yang digelar Hybrid Theory itu kerap dipuji peminat yang lebih sukakan vokal mereka berbanding Emily Armstrong. Walaupun Emily adalah pilihan Mike Shinoda sendiri untuk menjadi vokalis Linkin Park.

Namun begitu, peminat Linkin Park tidak suka dengan tuntutan oleh Linkin Park Tribute Band tersebut yang dianggap biadap.

“Ini sudah jauh salah untuk sebuah band yang sekadar ‘cover’ lagu lagu Linkin Park – namun mendakwa mereka adalah Real Linkin Park,” kata seorang peminat di Reddit.

Yang lain menganggap band Linkin Park Tribute ini sebagai satu jenaka terutama sekali ketika mendakwa diri mereka Real Linkin Park.

“Band ‘tribute’ macam ni memang kelakar. Lepas ini jangan panggil diri kamu ‘tribute’ kerana tidak menghormati band asal..Saya memang selalu menyampah dengan mereka, dari vokalisnya yang cuba meniru penampilan Chester, benda ini menyebalkan,” tulis netizen lain.

Ada yang mempersoalkan entah dari mana mereka boleh terfikir tentang idea mahu mengiktiraf diri mereka sebagai band asal atau OG. Sedangkan selama ini mereka sentiasa mengganggap mereka cuma tribute dan hidup dengan lagu lagu Linkin Park – sehingga dapat menjelajah ke serata dunia membuat konsert.

Paling menarik, peminat Linkin Park sendiri yang menyokong kewujudkan dan bakat mereka.

Salah admin rupanya

Setelah mendapat banyak kecaman daripada netizen. Akhirnya Hybrid Theory mengeluarkan kenyataan meminta maaf di atas perkongsian tentang Real Linkin Park.

“Berkenaan dengan hantaran yang kami kongsi balik baru baru ini, ianya tidak mencerminkan etika kami sama sekali. Baru baru ini kamu berusaha mengurangkan beban kerja kami di luar pentas, di platform yang bergelar media sosial, untuk kami fokus kepada apa yang kami suka, bermain untuk kamu.

Band tersebut akui khilaf kerana tidak menyemak terlebih dahulu kandungan yang mereka mahu muat naik. Dan mereka menyalahkan admin media sosial mereka sebagai punca masalah ini berlaku.

Mereka kini mahu mengawal sendiri media sosial band tersebut.

Peminat Terkejut, Band Tribute Linkin Park Pula 'Claim' Diri Mereka Sebagai Real Linkin Park

“Orang tua berpesan, kalau nak buat sesuatu itu dengan baik, buatlah sendiri. Hantaran semula yang dibuat ini adalah sangat jelik yang dibuat oleh individu lain tanpa veto daripada kami.

“Dengan ini saya umumkan bahawa individu yang bertanggungjawab mengendalikan media sosial kami sebelum ini sudah dipecat,” kata Hybrid Theory lagi.