Pemain tengah Athletic Balbao, Mikel Jauregizar menafikan beliau bakal beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Menurut perkongsian Harimau Abroad, Mikel menafikan beliau mempunyai sebarang pertalian dengan Malaysia.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia
- Hardi Jaafar – ‘Selamat Jahanam Liga Malaysia’
Mikel berkata demikian dalam satu temu bual bersama salah satu akhbar terkenal di Sepanyol iaitu Marca.
🇪🇸 According to Marca, Athletic Bilbao midfielder Mikel Jauregizar denied the rumour of him being a Malaysian heritage player.
Link: https://t.co/1yhGOLBj4o pic.twitter.com/9OizLXaxdZ
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) June 23, 2025
Mikel Jauregizar Nafi Ada Pertalian Dengan Malaysia
“Orang boleh mencipta apa sahaja. Mustahil (pertalian dengan Malaysia), itu satu kebohongan. Saya tidak akan beraksi untuk Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf turut menafikan beliau mempunyai pertalian dengan Malaysia.
Dalam satu wawancara bersama ESPN Netherlands, Ferdy menegaskan salah satu akaun Instagram sengaja membuat cerita bahawa dia memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya.

“Ya, ini agak gila sebenarnya, saya kena jujur. Satu akaun di Instagram tiba-tiba muncul dengan (khabar angin memilikid arah Malaysia) itu.
“Kemudian, saya tak buat apa-apa mengenainya tetapi semua orang telah menyebarkan hal itu.
“Saya benar-benar mendapat pertambahan pengikut di Instagram dan saya tahu semuanya. Ia satu sebab yang gila.
“Ibu bapa saya pun tidak tahu banyak mengenainya. Jadi, ya, mungkin itu akan terbongkar jika saya melakukan ujian DNA atau sesuatu,” katanya.