Rekrut baharu Arsenal, Mikel Merino mahu membuktikan kemampuan bagi membalas kepercayaan Mikel Arteta dalam membawanya ke kelab tersebut.
Merino kembali semula ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas memuktamadkan perpindahan ke Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai $43 juta dari Real Sociedad.
Baca Juga:
- Petit: Arsenal Perlu 3 Lagi Pemain Baharu Untuk Saingi Man City
- Xhaka: Tinggalkan Arsenal Adalah Dua Langkah Ke Hadapan Karier Saya
- Arsenal: “Kami Adalah Kelab Paling Banyak Memenangi Piala FA”
Beliau telah memeterai kontrak selama empat tahun untuk berada di Emirates Stadium dalam usaha meningkatkan lagi kekuatan pasukan.
Kali terakhir Merino beraksi dalam kancah EPL adalah pada musim 2017/18 dengan menyarung jersi Newcastle United dan memilin untuk berhijrah ke Sociedad semusim kemudian.
Merino hadir ke Arsenal dengan reputasi sebagai pemain yang paling banyak memenangi pertembungan ‘duel’ dalam lima liga utama di Eropah pada musim lalu.
Beliau telah memenangi 326 pertembungan satu lawan satu dalam mengawal jentera tengah dan mengharapkan aksi mantap itu dapat diteruskan bersama kelab baharunya itu.
“Saya fikir itu adalah sebahagian besar permainan saya dan itu menunjukkan watak yang saya ada. Saya mahu berjuang untuk setiap bola dan ini adalah sesuatu yang saya pelajari semasa saya masih muda.”
“Mungkin anda boleh memenanginya, atau anda tidak akan memenanginya. Saya tidak menjanjikan saya akan memenangi setiap pertarungan, tetapi apa yang saya boleh janjikan ialah saya akan berjuang untuk setiap bola dengan 100 peratus.”
“Ia sentiasa sukar untuk bercakap tentang diri saya dalam istilah seperti itu, tetapi saya fikir saya seorang rakan sepasukan yang bekerja keras, saya mahu memanggil diri saya rakan sepasukan yang baik.”
“Saya suka bekerja untuk pasukan dengan atau tanpa bola. Saya sentiasa memikirkan aspek kolektif permainan saya suka bermain dengan bola, saya mempunyai budaya bola sepak Sepanyol,” ujar Mikel Merino menurut sumber laporan Goal.