Saluran YouTube Monsta yang memiliki lebih 13.5 juta subscribers atau pelanggan saluran rasmi mereka itu.

Berita itu agak mengejutkan ramai pihak. Dan perkara itu turut disahkan sendiri oleh Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak menerusi Facebook beliau.

Baca Juga:

Nizam Razak menerusi Facebook rasminya menulis: “Monsta Channel yang mempunyai 13.5 Juta subscribers telah digodam dan ditukar nama ke MicroStrategy US.”

Berdasarkan kunjungan kami ke saluran tersebut, kesemua video yang dimuat naik di saluran tersebut telah hilang atau dipadamkan daripada saluran tersebut.

Rata rata peminat tegar Monsta terutama sekali peminta Boboiboy berharap agar saluran tersebut akan dapat dipulihkan sekali lagi.

Pihak Monsta dilaporkan sudah membuat aduan rasmi kepada YouTube dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera.

Peminat dari Indonesia turut bersedih dengan apa yang menimpa saluran YouTube Monsta. Memandangkan animasi dari Monsta juga menjadi antara pilihan di negara tersebut.

@nessabinihali

tapi kenapa di hack yak :( #boyvers #boboiboyofficial #monsta #boboiboyofficial #fypシ #4you #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – ✧◝call me nessa gf hali◜✧ – ✧◝call me nessa gf hali◜✧

Di ruangan komen Facebook Nizam Razak, rata rata yakin bahawa perkara itu akan dapat diselesaikan. Dan mereka berharap akan dapat menikmati semula animasi Monsta terutama yang lama lama di saluran itu.

Mereka juga berharap pihak Monsta bertabah dengan dugaan yang menimpa. Sambil mendoakan yang terbaik dalam usaha mereka cuba mendapatkan semula saluran tersebut.

Sebelum ini sudah banyak saluran YouTube besar yang lain  pernah menjadi mangsa digodam. Dan mereka berjaya mendapatkan semula akses tersebut setelah membuat aduan atau laporan.

Pada tahun lalu, saluran Monsta telah diberikan lencana ‘diamond play button’ oleh YouTube.