Sejak akhir-akhir ini orang ramai menggunakan media sosial untuk memuat naik gambar kenderaan yang melakukan kesalahan di kawasan-kawasan yang sering dikunjungi oleh golongan atasan.
Baru-baru ini sebuah Mercedes-Benz GLC meraih tanda tanya ramai apabila hasil semakan mendapati beliau mempunyai 397 saman yang masih belum dijelaskan.
Baca Juga:
- Disaman Kerana Tidak Pamer ‘Roadtax’, Polis Bakal Siasat Anggota Peronda
- Finas Saman 47 Individu, Syarikat Produksi Kerana Gagal Hantar Filem Walaupun Terima RM20 Juta
- Nafi Dapat Kontrak Secara Rundingan Terus, Syarikat Pengimport Telur Dari India Saman Azmin Ali RM20 Juta
https://www.tiktok.com/@montkiaraslut/video/7230688299046735110?_r=1&_t=8c9BQobgKrS&social_sharing=v4
Perkongsian komen salah seorang pengguna TikTok itu mengejutkan orang ramai. Bagaimana kereta yang mempunyai nilai saman didakwa sebanyak RM118,700 boleh memperbaharui roadtax dan tidak dikenakan sebarang tindakan seperti pengguna jalan raya lain.
Netizen menyatakan mereka sendiri perlu menjelaskan saman terlebih dahulu, kemudian barulah mereka dapat memperbaharui cukai jalan masing-masing.
Rata-rata di ruangan komen, orang ramai meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memberikan pencerahan mengenai isu berbangkit ini.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.