Sebut mengenai Joey Bumi Putra Rockers pasti ramai yang mengenalinya khususnya mereka yang membesar pada era 80-an dan 90-an.

Menyanyikan lagu-lagu hits seperti Harum Subur Dihati, Seribu Tahun Takkan Mungkin, Dari Sinar Mata berjaya membuatkan lagu-lagu ini menjadi siulan sehingga ke hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, siapa sangka vokalis serta rockers popular ini memaklumkan dirinya ‘tidak boleh’ bermain gitar meskipun memiliki ilmu, studio dan juga rapat dengan gitaris terkenal tanah air. Berikut merupakan perkongsian penuh oleh Joey BPR menerusi Facebook beliau.

Kenapa aku tak pandai main gitar? Sedangkan aku ada banyak gitar. Aku ada studio dan aku ada macam-macam amplifier, efx, simulator, wireless dan lain-lain.

Aku ramai kawan. Macam Samad, Kidal serta yang lain untuk ajar aku main gitar tapi masih tak boleh jugak. Hairan bukan?

Aku boleh ajar orang main gitar. Tiap kali latihan, aku akan cakap dengan gitaris. Kau jangan main macam tu. Kau main macam ni. Biasanya gitaris akan ikut cakap aku.

Aku tau sound, tone, chord atau scaling tak betul tapi aku sendiri tak boleh main gitar. Aku rasa, memang Tuhan tak bagi aku main gitar.

Sumber: Budiey

Sebab kalau aku hebat main gitar, aku akan jadi liar dan lupa diri. Biasalah, orang muda masa tu. Berkaitan ilmu, Tuhan tak suka-suka bagi dekat orang. Sebab Tuhan tau tak semua orang terbawak apa yang mereka mintak.

Aku ada kawan nama Latip. Dia kaji Al-Quran. Dia dapat ilmu tu. Dia jumpa kunci rahsia pintu Al Quran. Tapi dia jadi gila. Sebab tak terbawak.

Kawan aku sorang lagi. Nama Munir. Nak kawin dengan anak raja. Dia dapat kawin dengan anak Sultan. Tapi tak terbawak. Akhirnya bercerai, kawin dengan orang biasa.

Jadi Dia sengaja tak bagi aku main gitar. Tiap kali aku main gitar, tapak tangan aku akan berpeluh, basah dan berminyak menyebabkan aku susah nak solo.

Aku dah tanya doktor hal ini tapi doktor cuma cakap, basuh tangan sebelum main. Sediakan tuala atau guna bedak. Aku dah cuba banyak kali. Tapi lepas main dua tiga lagu. Sama jugak mcm tu.

Hari ini, jari aku bengkak. Doktor guna picagari untuk sedut darah. Bisa teramat tapi terpaksa buat sebab bengkak besar dan bernanah. Langsung tak boleh main gitar. Selalu aku give up.

Namun aku terima hakikat. Aku tak boleh main gitar. Menyanyi pun sama. Aku pernah hilang suara. Masa tu aku tengah top. Lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin juara carta 13 minggu berturut turut.

Aku masuk final Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan lagu Dari Sinar Mata. Harum Subur Dihati juara radio selama dua tahun. Silaturahim jadi pilihan Ikim Fm begitu juga lagu-lagu lain seperti Aku Hanya Serangga, Dajal dan lain-lain.

Show tak payah cakap la. Tiap-tiap hari ada show. Tapi satu hari, aku hilang suara. Allah block aku part itu. Aku tau, takdir yang menentukan. Aku redha. 10 tahun aku stop menyanyi. Doktor melarang aku terus menyanyi.

Joey BPR. Sumber: Utusan

Kemudian, aku berlatih menyanyi semula. Cuba kawal suara dengan teknik baru. Alhamdulillah ianya semakin pulih. Aku dapat menyanyi semula tapi terpaksa menyanyi kaedah baru.

Teknik baru supaya suara aku tak koyak. Aku paham. Tiap-tiap manusia, ada hadnya. Aku tak menyesal dan aku tak mengeluh. Aku cuma cuba nak memahami takdir. Itu saja.

Alhamdulillah. Aku selamat. Hingga hari ini. Pada aku. Itu lebih penting. Dari segala-galanya. Kalau aku tak operate, jangankan nak menyanyi, nak bercakap pun tak boleh.

Sumber