Seperti ramai sedia maklum, setiap pasar raya sememangnya menyediakan eskalator dan lif untuk kegunaan orang ramai. Walau bagaimanapun, penggunaan lif diutamakan buat warga emas atau mereka yang membawa stroller bersama.

Dalam pada itu, menerusi pendedahan Minah Saleh yang hadir di sebuah pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur ini, beliau akui sangat terkejut melihat warga Malaysia lebih suka menggunakan lif berbanding eskalator.

Baca Juga:

Lebih ironi, pengguna lif terdiri daripada individu yang bukan dalam kategori warga emas atau membawa stroller.

Sumber: TikTok @thehutchinsons

Situasi yang berlaku turut menyaksikan mereka yang membawa stroller terpaksa beralah sehingga merisikokan diri serta bayi kecil membawa stroller menerusi eskalator.

Menerusi perkongsian, dapat dilihat penggunaan eskalator adalah sangat rendah manakala mereka yang hadir ke pusat beli belah sanggup beratur panjang sementara menantikan peluang untuk menggunakan lif.

@thehutchinsons

I regretted taking it 🤣😂😅 #thehutchinsons #kl #buggyproblems #pavilionkl #shoppingwitkids #travelwithkids #fulltimetravel #mumlife

♬ Souvenir De Paris – Martin Taylor

Berdasarkan respon netizen, terdapat netizen yang berpendapat tidak mustahil terdapat individu yang mengalami kesukaran untuk menggunakan eskalator disebabkan trauma masa lalu atau sakit yang dialami.

Selain itu, terdapat netizen yang memaklumkan beliau akan menegur secara terus atau setidaknya memberi jelingan tajam kepada golongan yang mengambil hak golongan warga emas serta mereka yang membawa stroller.