Walaupun kerjaya penghantar makanan kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki namun itu tidak menghalang gadis berusia 17 tahun dari Perak ini untuk menceburi bidang tersebut.

Kisah Farah Nur Syifa Abdullah, graduan GiatMara Taiping dalam Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan yang menjadi ‘rider’ Foodpanda baru-baru ini menjadi tumpuan selepas beberapa portal berita mula melaporkan tentangnya.

https://twitter.com/weslysky/status/1267349482611458048?s=20

Mengakui ibu-bapanya bimbang akan keselamatannya ketika bekerja, namun dia tekad untuk memilih kerjaya tersebut kerana minat yang mendalam terhadap motosikal seperti dilaporkan Harian Metro pada semalam.

“Saya memilih kerjaya penghantar makanan kerana minat dengan motosikal sejak sekolah dan mempunyai lesen motosikal pada usia 17 tahun,” jelasnya.

Malah dia sebelum ini juga pernah mengikuti konvoi bermotosikal sebelum menjadi penghantar makanan.

“Saya sering mengikuti konvoi kapcai bersama kumpulan LC Super Spirit dan kali terakhir mengikuti kembara itu pada 5 Januari lalu.

“Saya nekad menjadi penghantar makanan selepas tamat pengajian di GiatMara Taiping dalam Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan kerana mengetahui peluang kerja terhad,” katanya.

Menurut Farah, walaupun ia bukanlah satu kebiasaan buat wanita menjadi penghantar makanan dalam kalangan pelanggan namun dia tetap menerima layanan yang sama dengan ‘rider’ lelaki yang lain.

“Walaupun saya perempuan, layanan dan cara kerja tetap sama seperti penghantar makanan lain. Saya perlu menghantar makanan kepada pelanggan dengan cepat, tidak kira cuaca panas terik atau hujan.

“Saya pernah dimarahi pelanggan kerana lambat menghantar makanan kerana waktu itu pesanan terlalu banyak,” katanya kepada Harian Metro.

Gelagat rider penghantaran makanan ini sering saja menjadi tumpuan masyarakat kita. Baca mengenai lelaki ini yang menggunakan motosikal Harley Davidson miliknya untuk menghantar makanan sebelum ini di pautan di bawah. 

‘Rider’ Foodpanda Buat Pelanggan Terkejut Hantar Makanan Guna Harley Davidson

Kecewa Isu Sampah Tidak Selesai, Lelaki Ini Buat ‘Penghantaran Khas’ Ke Ibu Pejabat Foodpanda

Sumber