Isu pelanggan dan penghantar makanan baru-baru ini menjadi tular selepas seorang pelanggan wanita berkongsi cerita di media sosial mengenai sikap buruk seorang penghantar makanan.
Menerusi Grup B40 Buat Perangai Harini di Facebook, seorang pelanggan wanita menggunakan nama TeamSecret Min mendakwa dirinya dimarahi penghantar makanan ketika membuat pesanan semasa cuaca hujan.
Baca Juga:
- Rider GrabFood Dipuji Sanggup Rempuh Motosikal Peragut Untuk Selamatkan Mangsa ‘Berbaju Kelawar’
- Selamatkan Keluarga Daripada Lemas, Kumpulan ‘Rider’ GrabFood Ini Berjaya Raih Pujian Netizen
- Sempena Hari Raya, foodpanda Dilaporkan Cuti Di Beberapa Buah Negeri Bermula Hari Ini
Pelanggan wanita ini turut menegaskan bahawa dia memesan makanan itu lebih awal semasa cuaca masih baik lagi. Malah, penghantar makanan tersebut juga memberi amaran kepadanya supaya tidak memesan makanan pada waktu hujan lagi kerana ia menyusahkan rider.
Dalam pada itu, wanita tersebut berasa marah dan kesal lalu mempertikaikan tugas penghantar makanan mestilah menerima sahaja pesanan tanpa mengira waktu demi sesuap nasi.
“Sebelum kau jadi rider, kau kena terima semua benda. baru kau akan berjaya. Ini kau bargain dengan rezeki, tak padan dengan mindset B40, patut lah tak akan berjaya,” kata pelanggan wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan pelanggan wanita itu kerana mereka juga pernah menjadi ‘mangsa’ dimarahi oleh penghantar makanan.
Sementara itu, ada juga yang memberi pendapat supaya tidak salahkan rider sepenuhnya kerana kadang-kadang ia juga berpunca dari perangai ‘pelik’ pelanggan.