Acara kemuncak Minggu Digital Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini sudah menutup tirai. Majlis ini mahu memperkasakan lagi sektor ekonomi digital dan berjaya menarik sejumlah syarikat dan juga pengamal media
Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Sri Panglima TPr Annuar Haji Musa juga telah melancarkan Ikrar Tindakan Iklim Malaysia Digital iaitu ikrar korporat yang bertujuan membina kapasiti dan meningkatkan adaptasi yang mampan dan mengambil tindakan iklim oleh perniagaan dlam seluruh ekosistem ekonomi digital.
Baca Juga:
- Lebih ‘Advanced’, Rasuah Di Malaysia Dikesan Sudah Wujud Tawaran Berupa Kriptowang
- Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Antara Yang ‘Terpaling Teruk’ Di Dunia, Lapor Kajian Antarabangsa
MDCAP dibangunkan oleh MDEC dengan kerjasama UN Global Compact Network Malaysia – Brunei (UNGCYMB). Kohort pertama yang menanda tangan MDCAP terdiri daripada 28 buah perniagaan dari sektor ekonomi digital.
Dengan penandatangan ini, mereka bakal menerima akses sumber termasuk buku panduan dan kit peralatan karbon bagi memudahkan perangkaan dan pelaksanaan pelan tindakan iklim yang tepat.
K-KOMM mengatakan ekonomi digital Malaysia mencapai 22.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu dan dijangka berkembang melebihi sasaran awal sebanyak 22.5 % menjelang tahun 2025. Ini menjadikan ekonomi digital sebagai pemangkin utama peralihan negara kepada amalan ekonomi yang lebih mampan.
Ikrar ini sejajar dengan komitmen Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas karbon menjelang tahun 2050. Berdasarkan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kerajaan menyasarkan pengurangan sebanyak 45% dalam pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030 dan mencapai 31% campuran tenaga boleh diperbaharui pada 2025.