Menjadi kebiasaan buat para pemilik tempat jagaan binatang menerima sumbangan atau bantuan dalam menjaga kebajikan binatang tersebut.

Namun kini tidak semua individu berniat baik apabila ada yang cuba mengambil kesempatan untuk meninggalkan binatang peliharaan yang tidak dimahukan lagi di rumah penjaga pula.

Seorang wanita yang juga merangkap pemilik sebuah tempat perlindungan kucing berkongsi pengalamannya yang mengejutkan berhubung tindakan seorang individu yang menyamar sebagai penyumbang tetapi berniat jahat.

Difahamkan Sue Mayang menerima mesej dari seseorang yang mana kononnya berminat mahu memberi makanan kucing kepadanya dan meminta alamat untuk dihantar ke rumah wanita tersebut baru-baru ini.

Bagaimanapun, disangkakan niat murni itu adalah benar tetapi sayang sekali ia hanyalah alasan untuk individu terbabit meninggalkan anak kucing miliknya.

Apa yang mengejutkan wanita terbabit apabila melihat kewujudan  sebuah carrier yang berisi dua ekor anak kucing di atas tong sampah

Dari situlah, dia sudah mengetahui bahawa individu terbabit sebenarnya bukanlah mahu menghantar sumbangan tetapi menjadikan rumahnya sebagai tempat sehenti untuk kucing yang tidak dimahukan lagi.

@sue.mayang

♬ suara asli – Yusmanidar Zacky – Yusmanidar Zacky

Video yang dikongsikan itu langsung tular dan menerima sejumlah komentar yang menempelak tindakan individu terbabit yang dikira khianat bukan sahaja tidak menepati ucapannya malah sanggup melepaskan tanggungjawab penjagaan kepada orang lain pula.

si bulus
Sumber Gambar: TikTok
si bulus
Sumber Gambar: TikTok

Selain kesian dengan nasib kucing yang dipisahkan dari ibunya, ramai juga mendoakan wanita dilimpahkan rezeki kerana berbuat kebaikan terhadap binatang.