Siapa sangka pada suatu hari nanti ada kes kucing boleh jadi punca hilang pekerjaan untuk pemiliknya dan menjadi tajuk utama di media massa?

Menerusi laman South China Morning Post, seorang wanita di China telah kehilangan pekerjaan dan tidak mendapat bonus kerana diberhentikan kerja ekoran kucing peliharaannya tertekan butang hantar pada e-mel komputer ribanya yang berisi surat peletakan jawatan kepada majikan.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Difahamkan wanita berusia 25 tahun yang berasal dari perbandaran Chongqing di barat daya China ini ada menulis surat peletakan jawatan yang tidak dihantar menerusi e-melnya pada 5 Januari lalu.

Dia enggan menghantarnya kerana memerlukan wang daripada pekerjaan itu bagi menampung keperluan sembilan ekor kucing peliharaannya.

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya sempat merakam saat seekor kucingnya melompat ke atas mejanya dan menekan ‘enter’ pada komputer riba menghantar e-mel.

Wanita itu segera menghubungi majikannya untuk menyalahkan kucing peliharaannya, namun tidak diendahkan apabila dia diberhentikan.

Wanita itu merancang untuk mencari pekerjaan baharu selepas Festival Musim Bunga yang akan datang kerana perlu memberi makan kepada kucingnya.

Malah, kes ini menjadi bualan sensasi di negara itu kerana mungkin ini kali pertama dalam sejarah yang mana seseorang diberhentikan kerja kerana kenakalan kucing mereka sendiri.

Sumber