Pada hari ini banyak bakat baharu muncul dengan sangat pantas ekoran kepesatan media sosial sehingga timbulnya ‘artis instant‘ berdasarkan populariti mereka di kalangan pandangan warganet.

Baru-baru ini penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh mendedahkan bahawa ada dalam kalangan pengurus artis yang meletakkan harga yang tinggi untuk bakat-bakat baharu.

Baca Juga:

Memetik satu laporan, Ayu meminta setiap pengurus artis perlu berpijak di bumi nyata sebelum meletakkan sebarang harga terutamanya untuk pelakon baharu.

Ayu menegaskan beliau tidak melihat paras rupa dalam meletakkan harga bayaran seseorang pelakon, sebaliknya lebih memandang kepada bakat yang ditonjolkan.

“Pengurus itu mungkin tak sedar diri sebab dia sudah terbiasa uruskan artis gred A dan terbawa-bawa karakter itu apabila menguruskan pelakon baru.

“Mungkin sebab artis baru ini cantik, kacak (letak harga tinggi) tapi jangan silap penerbit tidak melihat perkara itu. Tapi kalau kau berlakon ‘hampas’, bayaran tetap ‘fresh graduation’.

“Baru meletup satu drama dah letak harga tinggi! Walaupun baru, tetapi kau tetap pelakon gred C bukannya gred A. Sabarlah, baru nak mula berlakon tak perlu letak harga tinggi,” kata Ayu Puteh kepada mStar.

Nasihat itu turut beliau berikan kepada anaknya yang juga seorang pelakon, Wanna Ali. Katanya dia perlu sedar diri sebagai orang baharu dalam industri lakonan.

“Macam Wanna terima bayaran ciput (sedikit) saja. Berlakon ekstra pun dia pernah buat.

“Saya selalu cakap kepadanya dia kena sedar diri yang dirinya pelakon baru. Kayu lagi, jiwa lakonan pun masih belum ada,” ujar Ayu.

Menurutnya lagi, Wanna Ali sesuai jadi ekstra atau pelakon pembantu, apabila namanya sudah semakin meningkat barulah boleh meletakkan harga mengikut nilai sewajarnya disebabkan sudah terbukti yang dia sudah boleh berlakon.

Sumber