Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap pemurah dan tolong menolong terutamanya bila berlaku musibah atau kejadian yang tidak diingini.
Jika beberapa minggu lalu kita dapat melihat bagaimana individu dan syarikat-syarikat korporat ini berpusu-pusu menghulurkan bantuan kepada petugas media ketika proses peralihan kerajaan berlangsung di Istana Negara.
Kini, selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan dan situasi wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara kita, rakyat Malaysia berpusu-pusu pula menghulurkan bantuan kepada petugas-petugas kesihatan.
Walaupun tindakan itu berniat baik dan ikhlas untuk memberikan pertolongan, namun ada ketikanya ia dilihat sedikit keterlaluan- sama seperti yang berlaku di perkarangan Istana Negara suatu ketika dahulu.
Seorang pengguna Twitter dipercayai bertugas sebagai pegawai perubatan menjelaskan hospital sebenarnya sudah mempunyai makanan yang cukup.
“Hospital sudah mempunyai makanan yang cukup, percayalah cakap saya.
“Sampai ada staf yang makin gemuk minggu ini,”ciapnya di Twitter.
https://twitter.com/azmanrocks/status/1242705793213816833
Perkara itu juga turut dipersutujui netizen yang menjelaskan petugas-petugas ini bukannya tidak bersyukur dengan bantuan makanan yang diberikan namun terdapat mereka yang lebih memerlukan di luar sana.
Jelasnya, petugas-petugas ini sudah mempunyai gaji bulanan sedangkan ada mereka di luar sana yang mengalami kesukaran dan lebih memerlukan bantuan dalam keadaan sekarang.
“Kita perlu membantu mereka yang lebih memerlukan!” balas @shareadstweets di kiriman tersebut.
https://twitter.com/shareadstweets/status/1242782331657576450
“100 peratus setuju, sudah terlalu banyak makanan di jabatan kecemasan.
“Makanan sepatutnya diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan,” kongsi seorang lagi netizen mengenai perkara itu.
100% agree. Too much food already just in the emergency department alone. Should give food to those who really need it instead.
— Nur Ayu Abdullah (@NurAyuAbdullah) March 25, 2020
Walaupun tidak menggambarkan suasana jabatan kecemasan yang lain di seluruh negara, namun pandangan-pandangan ini mungkin ada benarnya juga.
Seperti yang dijelaskan terlebih awal, mereka hanya mahu keutamaan diberikan kepada yang lebih memerlukan dan supaya tidak berlaku pembaziran apabila makanan dihantar ke hospital-hospital ini.
Namun, seperti yang kita ketahui sudah ada pihak-pihak sama ada daripada NGO ataupun individu malah gerakan-gerakan dari netizen yang dilihat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di seluruh negara.
Baca perkongsian kami sebelum ini yang bercerita mengenai komuniti percetakan 3D tempatan yang bertungkus-lumus membantu petugas barisan hadapan dengan mencipta face shield untuk mereka.
Komuniti Percetakan 3D Bantu Cipta ‘Face Shield’ Buat Petugas Barisan Hadapan
Penderma Misteri Sumbang Mesin Kesan COVID-19 Bernilai RM148,000
Netizen Terharu Petronas Sumbang RM20 Juta Untuk Hadapi COVID-19