Bila sebut ‘Teh Ais Mangkuk’, pasti semua orang terbayangkan air teh ais itu berada dalam plastik ikat tepi dan diletakkan di dalam mangkuk.

Bagaimanapun seorang lelaki tidak menyangka pesanan yang dibuatnya di sebuah kedai di Kelantan, memberikan hasil yang berbeza.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu rakaman video TikTok @gsfshww, sekumpulan sahabat ketawa besar apabila melihat salah seorang rakan mereka mendapat gelas berisi air teh diletakkan di dalam mangkuk.

@gsfshww

betul betul teh ais mangkuk 🙂#fyp #fypシ #meme #ejenkimia442 #kocakngakak

♬ My Heart Will Go On (Titanic) – Maliheh Saeedi & Faraz Taali

Perkongsian video tersebut mengundang rasa geli hati netizen apabila melihat pesanan yang diterima lelaki itu. Siapa sangka pesanan ‘teh ais mangkuk’ menjadi ‘gelas berisi air teh diletakkan dalam mangkuk’.

Memetik portal World Of Buzz, pemilik akaun TikTok @gsfshww memberitahu bahawa ini adalah kali pertama mereka mengunjungi restoran itu dan mereka percaya penduduk tempatan di sana mungkin tidak biasa dengan istilah tersebut.

Minta 'Teh Ais Mangkuk' Di Restoran Kelantan, Pelanggan Terkejut Dapat Gelas Dalam Mangkuk
Sumber Gambar: TikTok @gsfshww
Minta 'Teh Ais Mangkuk' Di Restoran Kelantan, Pelanggan Terkejut Dapat Gelas Dalam Mangkuk
Sumber Gambar: TikTok @gsfshww

Ada netizen menyarankan apabila berada di tempat yang bukan biasa kita pergi, sebaiknya kita terangkan dengan jelas supaya tidak berlaku salah faham di antara pelanggan dan pekerja restoran sehingga menyebabkan pesanan yang diminta jadi lain daripada kebiasaan.