Seorang warganegara China yang sedang melanjutkan pengajian Sarjana di sini berterus terang menyatakan pendapat awalnya yang negatif tentang negara ini.
Memetik WOB, lelaki itu pada mulanya sangat kecewa dengan betapa keterbelakangnya pembangunan, infrastruktur pengangkutan awam yang kurang membangun serta perilaku penjawat awam yang tidak efisien.

Tambahnya, masalah utama yang didapati bagaimana aspek efisiensi tersangat rendah. Sebagai contoh pada hujung minggu dan cuti umum, tiada sesiapa yang bekerja dan akan membantu jika berlaku kesulitan.
Bagaimanapun, lama-kelamaan lelaki itu mengakui yang dirinya sudah semakin selesa dengan negara ini setelah tinggal dalam tempoh yang panjang.
Menariknya, lagi dia mendalami gaya hidup di Malaysia, lebih banyak kekecewaan berubah menjadi cinta pula selepas itu.
Dia berkata kereta dan rumah di Malaysia secara relatifnya adalah murah.
“Di KL, anda boleh membeli rumah dengan harga RM1 juta. Ini sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan di China.
“Kereta dan petrol juga murah di sini, jadi itu menjadikan keadaan jauh kurang tertekan,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut mengulas mengenai kadar kerja di sini, yang diringankan dengan banyaknya cuti umum, yang menurutnya telah menyelamatkannya daripada kebimbangan untuk mengambil cuti untuk dirinya sendiri.
“Saya boleh balik kerja sekitar 4 petang atau 5 petang setiap hari, dan saya boleh menikmati masa saya sendiri selepas saya selesai kerja. Saya malah boleh pergi ke gim.
Beliau menyifatkan rakyat Malaysia sebagai orang yang baik dan berkata bahawa apabila berkawan, rakyat Malaysia jarang mengambil berat tentang latar belakang keluarga atau kemampuan kewangan, tetapi nilai dan personaliti yang serupa sudah lebih daripada mencukupi.

Beliau berkata bahawa di Malaysia, beliau telah mendapat ramai kawan. Walaupun tempat ini tidak sempurna, lelaki itu berkata bahawa Malaysia mempunyai sesuatu yang dicarinya dalam hidup.

“Walaupun infrastruktur di sini tidak cukup maju, kadar kehidupan di sini santai. Tidak ada tekanan untuk bekerja keras, dan terdapat banyak cuti. Kadar yang lebih perlahan ini adalah kehidupan yang saya idamkan,” sebagai pengakhir kata.