Tular baru-baru ini di media sosial apabila terdapat sebuah video yang memperlihatkan seorang kanak-kanak dengan rupa paras seakan-akan arwah Siti Sarah.
Dikenali sebagai Adik Miza, rupa paras beliau telah membuatkan bapa kepada arwah Siti Sarah, Raisuddin Hamzah bertekad untuk menempuh perjalanan selama 7 jam untuk bertemu dengan kanak-kanak tersebut.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
Menurut Raisuddin, kanak-kanak ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang hampir sama malah turut memiliki gigi yang sama seakan arwah.
Pertemuan ini turut mengizinkan Shuib membuat panggilan video bersama adik Miza atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad. Turut bersama dalam panggilan video tersebut adalah isteri terbaru Shuib, Watie Hanifiah.
“Sama la yang, dia buat mata macam tu terus sama” ulas Watie yang turut mengakui rupa paras kanak-kanak ini seakan arwah Siti Sarah.
Menjengah ke TikTok, Adik Miza turut menjadi trending selepas para netizen turut memaklumkan rupa paras beliau mengubat kerinduan kepada arwah Siti Sarah.