Sebuah berita yang menyedihkan pada hari ini apabila dilaporkan lima individu yang berada dalam kapal selam Titan bagi misi eksplorasi kapal persiaran mewah, Titanic di Laut Atlantik disahkan meninggal dunia.

Insiden yang berlaku telah meragut nyawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush dan juga penumpang yang terdiri daripada Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, jutawan British Hamish Harding dan Paul-Henri Nargeolet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di sebalik insiden yang berlaku, siapa sangka insiden yang hampir ini sama ini pernah ditayangkan pada kartun The Simpsons sebelum ini.

@scary._vibe

Simpsons prediction Titanic Visitors Going Missing 😫, no way they’ve actually dont this… 🤦‍♂️

♬ original sound – Simpson?

Menerusi kisah The Simpsons ini, siri ini memaparkan sketsa lima individu menyertai misi eksplorasi ke dasar laut bagi melihat sebuah kapal yang mewah.

Walau bagaimanapun, misi mereka dilihat gagal setelah mereka tersangkut di dasar laut sekaligus membuatkan kadar oksigen mereka semakin berkurang seperti mana yang berlaku pada kapal selam Titan sebelum meletup.

Lebih ironi, misi eksplorasi dalam siri ini turut disertai ini oleh bapa dan anak seperti yang berlaku di dunia realiti.

Meskipun insiden yang berlaku mungkin berlaku secara kebetulan,  sketsa yang dipaparkan The Simpsons ini sekali lagi mendapat perhatian orang ramai.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali The Simpsons ‘secara kebetulan’ memaparkan sketsa sebelum berlaku secara realiti.

Antara insiden yang pernah berlaku sebelum ini dan ditayangkan pada siri The Simpsons adalah berita pembelian Disney mendapatkan syarikat Fox, Donald Trump dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.