Tahun lepas, saya berpeluang berkenalan dengan seorang insan yang hebat. Ianya bermula dengan satu artikel berkenaan perlumbaan ke bulan, Google Lunar XPRIZE atau GLXP, di mana 2016, merupakan tahun ke-8 pertandingan ini berjalan.

Daripada 16 pasukan, yang menarik, ada satu (dan satu-satunya pasukan) yang mewakili Asia Tenggara. Ia bukan pasukan Singapura atau Indonesia.

Ia pasukan dari Malaysia yang diwakili Independence-X (atau IDXA) yang diterajui saudara Izmir Yamin.

IDXA adalah satu-satunya pasukan yang sedang bersaing, ‘head-to-head’, dengan pasukan-pasukan lain dari negara peneraju aeroangkasa seperti Amerika Syarikat, Jepun dan India.

Saya tak lepaskan peluang untuk berjumpa saudara Izmir.

Hey, this is history in the making for Malaysia man. Bukan hari-hari kita berjumpa ‘rocket scientist’ dan insan yang boleh membuat pengiraan ‘moon landing trajectory’.

Semasa saya berjumpa beliau, setelah berbual lebih kurang 3 jam, input yang saya terima adalah terlalu besar dan terlalu banyak untuk ruangan Facebook ini.

Yang pasti, apa yang beliau dan pasukan IDXA sedang lakukan, adalah sesuatu yang sangat besar skalanya, lagi besar manfaatnya kepada negara Malaysia serta rakyatnya.

Ia bukan sekadar mencipta dan melancarkan roket. Ia bukan sekadar menghantar sebuah prob ke bulan.

Ia berkenaan keselamatan, komunikasi, teknologi dan inovasi, sains dan matematik, informasi, pertahanan dan kedaulatan negara. Ia berkenaan permaknaan sebenar kemerdekaan.

Ia, sebuah agenda negara.

2 hari lepas, pada tanggal 24 Januari, Google telah mengeluarkan senarai rasmi 5 pasukan yang masih berada di dalam perlumbaan ini. 5 pasukan ini adalah:

1. MoonExpress (USA)
2. Synergy Moon (USA)
3. SpaceIL (Israel)
4. Team Indus (India)
5. Hakuto (Jepun)

Kalian boleh semak di link berikut senarai di atas: Lunar.xprize.org

Tiada nama Henry. Tiada nama IDXA. Tiada nama Malaysia. Di atas kertas, pasukan IDXA dengan probnya yang bernama Henry, telah tiada.

Adakah IDXA terkeluar kerana gagal mencapai kepakaran dan teknologi yang diperlukan? Malangnya, tidak.

Jika tak capai, masakan NASA dan penguatkuasa pelancaran memberikan kelulusan. Jika tak capai masakan Google membenarkan IDXA terus berada di dalam pertandingan. Jika tak capai, masakan Synergy Moon, pasukan dari Amerika Syarikat membantu IDXA untuk kekal di dalam perlumbaan ini dengan membuat satu usahasama.

Yes, you read it right.  Team IDXA now is in partnership with Synergy Moon, who is kind enough to reach out a helping hand. Or maybe they just know the potential of IDXA, just like Singapore and many other countries who tries to persuade Izmir and IDXA to fly to the moon under their flag.

Berita ini, di dalam ia menduka-citakan, saya nak mengucapkan tahniah kepada pasukan IDXA dan sahabat saya, Izmir Yamin, kerana:

1. Menjadi satu pasukan yang cukup penting dan hebat, satu pasukan yang gah, sehingga dunia luar memandang tinggi anda dan berlumba-lumba untuk membantu menjayakan misi ini.

2.  Kerana terus kekal membawa aspirasi untuk menjayakan misi ini di bawah nama negara walaupun tidak mendapat bantuan dan sokongan daripada kerajaan, GLC mahupun korporat.

Team IDXA, you guys are true Patriots.

Saya dan team Patriots, serta mereka yang berimpian melihat negara ini maju dan merdeka dalam permaknaan sebenar-benarnya merdeka, akan sentiasa menyokong dan membantu anda dalam apa juga daya dan upaya kami.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan IDXA, kerana tanpa usaha anda di dalam pertandingan ini, saya tidak akan kenal pasukan MySat, sebuah pasukan yang mencipta satelit nano dari USM,.

Saya tak akan kenal pasukan UiTM Eco-Planet, saya tak akan kenal 3 orang anak muda yang setiap satunya membuat ‘military standard circuit-board’ yang hebat, ‘cyber-security’ yang setanding Amerika dan Israel, dan stesen janakuasa hydrogen fuel-cell.

Tanpa anda, saya tak kenal mereka yang hebat-hebat ini.

Dan mungkin akan datang akan lebih ramai yang akan memunculkan diri, dan lebih ramai anak muda yang terinspirasi dari kisah ini akan mula berani menceburkan diri.

Towards a spacefaring nation. Towards spearheading Malaysia’s 4th industrial revolution. Moving forward as one.

Jamalee Bashah